LEBIH ramai pakar undang-undang menyuarakan pendapat mereka terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Sofian Abd Razak dalam kes rasuah Najib Razak terhadap SRC International, berkata terdapat konflik kepentingan kerana hubungannya dengan seorang pemimpin Umno.
Sofian adalah adik kepada Soffi Abdul Razak, Adun Pahang selama lima penggal, yang juga berkhidmat sebagai exco negeri selama empat tahun dan ketua Bahagian Umno Kuala Lipis. Najib adalah bekas menteri besar Pahang dan bekas presiden Umno.
Mengenai sama ada fakta itu boleh dijadikan asas untuk menolak Sofian, pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi berkata: “Ya, sudah pasti.”
“Memandangkan keseluruhan fakta - Pahang adalah kubu Najib, ketua Bahagian Umno Pahang adalah abang kepada hakim - ada syak wasangka yang wajar berlakunya berat sebelah,” kata profesor emeritus Universiti Teknologi Mara itu.
Sofian berusia 57 tahun dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 2005 sebelum menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada 2007.
Peguam Perlembagaan Surendra Ananth berkata persoalannya adalah mengenai kewajaran kebimbangan berlakunya berat sebelah.
“Daripada pandangan wajar, hakim akan berat sebelah. Tidak perlu menunjukkan berat sebelah yang sebenar. Masalah utamanya sama ada kaitannya dengan Umno akan mempengaruhi persepsi keadilan,” katanya.
Seorang lagi peguam perlembagaan Lim Wei Jiet percaya terdapat “kepentingan politik yang sangat kuat” bagi Soffi untuk menyokong Najib.
Komen