PAKATAN anak muda pembangkang hari ini memfailkan tuntutan bagi menghalang Putrajaya dan 1MDB daripada membayar RM1.2 bilion kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dalam penyelesaian timbang tara di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London pada April.
Gerakan Anak Muda Tolak Najib (Ganti), yang diwakili Mohamed Haniff Khatri Abdulla, memohon deklarasi mahkamah penyelesaian di London itu tidak sah dan terbatal.
“Kami mahu pengisytiharan penyelesaian antara 1MDB dan IPIC dibatalkan; dipulangkan semula dana; dan tiada bayaran lain dibuat sehingga pelupusan tuntutan ini,” kata Faiz Fadzil yang mewakili kumpulan terbabit di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Faiz berkata apabila IPIC saman Malaysia bayaran lebih RM3.5 bilion dibuat antara 2012 dan 2014 kepada Abbar BVI adalah satu penipuan.
“Hingga kini, tiada tindakan diambil kerajaan terhadap mereka terbabit dengan penipuan. Malangnya kerajaan bersetuju membayar selepas mencapai persetujuan penyelesaian di London,” katanya.
Faiz yang juga timbalan ketua pemuda Amanah berkata kumpulan berkenaan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia namun tiada tindakan diambil hingga mereka memfailkan tuntutan itu.
Ganti merupakan ahli pemuda DAP, PKR, Amanah dan Bersatu juga plaintif dalam tuntutan mahkamah itu.
Hanif berkata responden Perdana Menteri Najib Razak dan kerajaan diwakili Jabatan Peguam Negara manakala 1MDB mengekalkan peguamnya sendiri.
“Writ tuntutan ini dibuat bagi mendapatkan deklarasi akaun di mana bayaran sudah dibuat.
“Kamai mengatakan bahawa perjanjian penyelesaian yang ditandatangani di London itu tidak sah dan terbatal. Kami perlukan mahkamah Malaysia mengisytiharkan agar ia tidak terikat dengan 1MDB atau kerajaan,” katanya.
Pada April, 1MDB dilaporkan menyelesaikan perjanjian timbang tara dengan syarikat pelaburan Abu Dhabi IPIC dan ia dipersetujui Putrajaya.
Kedua-dua syarikat mengeluarkan kenyataan berasingan mengenai penyelesaian prosiding timbang tara di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.
Perjanjian antara IPIC dan 1MDB bermula pada tahun 2012 apabila bekas jaminan dua bon bernilai US $1.75 bilion (RM7.52 bilion) kepada 1MDB bagi mengumpul dana pembelian aset. Sebagai balasan, 1MDB membuat pembayaran cagaran kepada IPIC.
Bagaimanapun pada akhir 2015, masalah timbul selepas IPIC/Aabar dan 1MDB tidak setuju dengan kehilangan dana berikutan IPIC dan pelabur Malaysia gagal menyelesaikan pinjaman US$1.2 bilion daripada Abu Dhabi.
Malaysia menegaskan bayaran balik AS$3.5 bilion dibuat kepada syarikat subsidiari IPIC, dan kemudian menyatakan ia tidak menerima kebanyakan daripada dana itu.
Pada Mei 2016, kerajaan Abu Dhabi dan Malaysia bersetuju untuk mengadakan penyelesaian timbang tara secara tertutup di London. – 11 Julai, 2017.
Komen