Jho Low larikan diri ke Macau, kata KPN


Melati A. Jalil

Pada 15 Jun, Jabatan Imigresen membatalkan pasport Jho Low.– Gambar AFP, 5 Julai, 2018.

JUTAWAN Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low, melarikan diri sebaik polis Malaysia tiba di Hong Kong untuk bertemu dengannya baru-baru ini, kata Ketua Polis Negara Fuzi Harun.

“Maklumat terbaharu yang kami terima beliau kini di Macau.

“Malah kami ada menghantar pasukan ke Hong Kong namun setibanya kami di sana beliau sudah melarikan diri ke Macau,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.

Macau adalah destinasi terkenal bagi pelancong dan boleh dimasuki melalui feri atau helikopter dari Hong Kong.

Pada 15 Jun, Jabatan Imigresen membatalkan pasport Jho Low.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Mustafar Ali berkata pembatalan itu dibuat atas permintaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Shukri Abdull berhubung siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – 5 Julai, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen