Pemimpin tertinggi Umno lawat Najib sebagai tanda sokongan


Kamles Kumar

Barisan kepimpinan tertinggi Umno yang hadir bagi memberi sokongan kepada bekas perdana menteri Najib Razak di kediamannya malam tadi. – Gambar Facebook, 5 Julai, 2018.

BEBERAPA pemimpin Umno peringkat tinggi berkumpul sebagai tanda sokongan kepada bekas presiden parti Najib Razak di kediamannya malam tadi selepas beliau diikat jamin.

Dalam sekeping gambar disiarkan di Facebook Kelab Che Jib, presiden baru dipilih, Ahmad Zahid Hamidi, timbalannya Mohammad Hasan, Ketua Pemuda Umno Ashyraf Wajdi Dusuki, Ketua Wanita Noraini Ahmad dan Ketua Puteri Zahida Zarik Khan berada di rumah Najib.

Beberapa tokoh Umno lain seperti bekas menteri Noh Omar, Mustapha Mohamad dan Azalina Othman, serta ahli majlis Umno seperti Zambry Abd Kader, Lokman Nor Adam dan Ahmad Maslan turut hadir.

Dilaporkan terdapat solat hajat untuk bekas perdana menteri dan keluarganya.

Najib, 64, semalam dituduh di mahkamah atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). –  5 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • satu semangat setiakawan yang tinggi...walaupun ds najib tidak lagi menjadi pimpinan tertinggi tetapi ahli parti yang lain tetap menyokong beliau....itu satu semangat positif yang perlu dibanggakan...usah jadikan lasan bersalah utk terus mnghukum tetapi sama2 memberi semangat kpda ds najib menghadapinya dgn tabah...

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan