Ini kes pertama Najib berkaitan 1MDB, kata peguam negara


Kamles Kumar

Peguam Negara Tommy Thomas berkata pendakwaan terhadap Najib Razak hari ini adalah yang pertama dalam siri pendakwaan berkaitan 1MDB kerana semua agensi terlibat termasuk SPRM masih menjalankan siasatan kes lain. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 4 Julai, 2018.

PERBICARAAN bekas perdana menteri Najib Razak hari ini adalah yang pertama hasil siasatan Pasukan Khas 1Malaysia Development Berhad, kata Peguam Negara Tommy Thomas.

Katanya, pendakwaan hari ini adalah hasil siasatan dilengkapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiga minggu lalu.

“Ini berkaitan dengan kertas siasatan SPRM yang dihantar ke pejabat saya tiga minggu lalu,” kata Thomas pada sidang media selepas prosiding hari ini.

Tambahnya, beliau dan pasukan 12 pendakwa raya bekerja membina kes itu selama tiga minggu sebelum akhirnya berjaya menemui bukti mencukupi untuk membawa kes itu ke mahkamah.

“Kami akan kata kami sudah bercakap tentang ini (pendakwaan) sejak tiga minggu lalu. Ada 12 orang semuanya. Kami cakap kesimpulan yang ada prima facie yang kuat untuk kes ini. Kami terima beban kes yang diletakkan ke atas kami,” kata Thomas.

Beliau juga mengatakan akan ada lebih banyak kes berkaitan 1MDB dibuka.

“1MDB (kes) pastinya akan ada banyak lagi. Awak boleh jangka SPRM untuk siasat lebih lagi,” kata peguam negara itu.

Beliau berkata terlalu awal untuk menetapkan tarikh perbicaraan tahun depan kerana ini baru hari pertama perbicaraan.

Hakim Sofian Abd Razak menetapkan ikat jamin RM1 juta dan mengarahkan Najib menyerahkan pasport diplomatiknya.

Sofian memerintahkan Najib bayar separuh ikat jamin itu hari ini dan bakinya pada Isnin.

Hakim juga menetapkan pengurusan kes pada 8 Ogos dan tarikh awal perbicaraan bermula 18 Februari tahun depan, sejumlah 19 hari.

Sementara itu, Thomas berkata Pejabat Peguam Negara tidak terbabit dengan penahanan Najib tetapi kuasa mendakwa bekas perdana menteri itu terletak padanya.

Najib hari ini mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan dibacakan terhadapnya di mahkamah.

Pertuduhan itu di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zainal Abidin Kamaruddin.

Semua pendakwaan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Mahkamah Tinggi kemudian menetapkan ikan jamin RM1 juta dan mengarahkan Najib menyerahkan pasport diplomatiknya.

Bagi pertuduhan pertama, Najib didakwa sebagai perdana menteri, menteri kewangan dan penasihat SRC International melakukan pecah amanah melibatkan wang RM27 juta dari syarikat itu antara 24 hingga 29 Disember 2014. Beliau juga didakwa untuk pertuduhan kedua antara tarikh sama pecah amanah dana yang sama berjumlah RM5 juta.

Bagi pertuduhan ketiga, Najib didakwa pecah amanah melibatkan wang SRC International sebanyak RM10 juta, antara 10 Februari dan 2 Mac 2015. Ketiga-tiga pertuduhan itu didakwa dilakukan di cawangan AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. – 4 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Kita tunggu giliran PAS pula.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Zaki Yamani · Ulasan