AHLI Parlimen Kelana Jaya Wong Chen meminta Menteri Besar Selangor Azmin Ali mengarahkan bendahari negeri Mohd Redzuan Hasan dan Ketua Perbendaharaan Selangor Mohd Hasry Nor Mohd untuk mengkaji dokumen berhubung pembekuan peruntukan komunitinya.
“Apa yang mereka lakukan terhadap pejabat saya adalah tidak adil,” katanya pada sidang media di Subang Jaya.
“Juruaudit tidak pernah ke pejabat saya, tidak pernah melihat dokumen asal dan tidak pernah meminta sebarang pengesahan dari pegawai saya.
“Pada setiap masa pejabat saya disisihkan, sehinggalah kami menerima laporan audit 11 bulan selepas itu, pada Februari 2017.
“Saya harap beliau, (Azmin) faham terdapat persoalan yang perlu dijawab pegawai terbabit untuk menjelaskan tindakan mereka. Beliau perlu meneliti perkara ini secara adil, kerana saya adalah ahli Parlimen,”katanya.
Menurut Wong, kerajaan Selangor membekukan peruntukan Mesra Rakyat pada Jun 2016 ketika audit masih dijalankan, sebelum membekukan seluruh perbelanjaan apabila laporan audit dikeluarkan pada 9 Jun.
Katanya, ahli politik sepatutnya lebih telus dan apa yang dipertikaikan adalah proses ia dijalankan.
Wong berkata keadaan itu tidak masuk akal, memandangkan laporan audit yang lengkap tidak mencadangkan pembekuan perbelanjaan komunitinya sama sekali. Sebaliknya, ia mencadangkan dua cadangan kecil yang mengarahkan pejabatnya untuk menyediakan pelan perbelanjaan komuniti tahunan terlebih dahulu dan membelanjakan lebih banyak projek kecil.
“Namun kerajaan Selangor tetap membekukan peruntukan Mesra Rakyat dan menyembunyikan fakta itu dari pejabat saya. Pada 9 Jun, peruntukan itu dibekukan keseluruhannya.
“Ini bukan isu politik, tetapi membabitkan pengurusan yang peru diselesaikan,” tambahnya.
“Saya berjumpa dengan menteri besar pada Kongres Nasional PKR pada 21 Mei dan menjelaskan situasi itu dan beliau berjanji untuk meminta pegawainya memberi maklum balas,” katanya.
Tambah Wong, peruntukan ahli Parlimen Selangor adalah RM250,000 dan dia enggan membelanjakannya untuk projek kecil yang memfokuskan kepada pembaikan jalan raya.
Wong berkata, beliau lebih bersetuju untuk peruntukan itu disalurkan kepada 40,000 golongan miskin bandar dalam kawasannya.
“Terdapat lima kategori perbelanjaan, dan anda ada kuasa untuk memilih kawasan untuk diberi perhatian, jadi saya belanjakan lebih kepada Kelana Jaya di mana lebih ramai golongan miskin berbanding Seri Setia.
Wong berkata, ironinya Radzuan dan Haszry membangkitkan akaun Mesra Rakyatnya kerana: “Wong tidak membelanjakan ke atas Mesra Rakyat”.
“Jika saya tidak belanjakannya mengapa mereka bekukan? Ini perkara yang tidak masuk akal,” tambahnya.
Katanya, beliau marah kerana isu itu telah berlarutan sejak lima bulan lalu mengejutkan kakitangan pejabatnya serta mereka yang memerlukan bantuan daripada pejabatnya pada Ramadan.
“Apabila mereka bekukan akaun saya tanpa asas, ia mengguris hati rakyat di kawasan saya yang kebanyakannya golongan miskin,” katanya.
Wong turut menyiarkan butiran mengenai proses audit termasuk laporan audit pada laman Facebooknya pada Rabu.
Pada Khamis. Azmin menegur Wong kerana menyiarkan rungutannya. – 7 Julai, 2017.
Komen