Kanak-kanak paling berisiko dijangkiti JE, kata doktor


Bede Hong

Kanak-kanak paling berisiko dijangkiti JE kerana sistem imunisasi mereka masih belum kuat. – Gambar AFP, 6 Julai, 2017.

JAPANESE encephalitis (JE) kebanyakkannya disebarkan melalui nyamuk dengan burung dan khinzir ternakan bertindak sebagai perumah yang menggalakkan sebarannya.

Ia biasanya berlaku di kawasan pendalaman atau pertanian dan seringkali dikaitkan dengan perternakan khinzir atau beras.

Kebanyakkan jangkitan virus JE mempunyai simptom yang tidak jelas termasuklah demam dan sakit kepala.

Bagaimanapun, dianggarkan 1 daripada 250 jangkitan menyebabkan situasi kritikal yang mempunyai simptom demam panas mendadak, sakit kepala, kekejangan leher, disorientasi, koma, sawan, kelumpuhan spastik dan kematian.

Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), kadar kematian boleh meningkat sehingga 60% dalam kalangan pesakit yang dijangkiti, dan 30% mereka yang berjaya diubati menderita kerosakan sistem saraf pusat

Simptom penyakit boleh mengambil masa sehingga dua minggu untuk muncul.

Encephalitis kebanyakkan berlaku kepada kanak-kanak kerana remaja dan orang dewasa selalu sudah dijangkiti dan kebal terhadap penyakit itu, menurut Dr Zulkifli Ismail seorang pakar kanak-kanak daripada Persatuan Pediaktrik Malaysia.

Sistem pemantauan berasaskan hospital untuk JE di Sarawak daripada 1997-2006 mendapati yang 92% daripada 133 kes yang dilaporkan melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.

Wabak JE berlaku di Pulau Pinang pada 1988 (sembilan kes dan empat kematian), di bahagian Serian, Sarawak pada 1992 (sembilan kes, empat kematian) dan di Langkawi pada 1974 (10 kes, dua kematian).

Menurut Kementerian Kesihatan, kurang daripada 12 kes dilaporkan setiap tahun sejak kebelakangan ini.

Hampir 68,000 kes JE dilaporkan di seluruh dunia, menurut WHO.

Kes JE berlaku pada masa yang sama ketika wabak penyakit anjing gila berlaku. Selasa lalu, adik beradik yang dijangkiti penyakit anjing gila di Sarawak meninggal dunia di Hospital Besar Sarawak.

Budak perempuan berusia enam tahun dan adik lelakinya berusia empat tahun itu berasal dari Kampung Paon, Sungai Rimu yang terletak hampir 70km dari Kuching di Bahagian Serian.

Pesakit ketiga penyakit anjing gila pula, seorang budak perempuan berusia tujuh tahun dari Kampung Lebur, Gedong dalam bahagian Simunjan masih dalam keadaan kritikal.

Pada Selasa, kerajaan Sarawak mengisytiharkan lima kampung di bahagian Serian-Simunjan sebagai kawasan wabak penyakit anjing gila. – 6 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen