LANGSUNG: Pegawai kanan Cawangan Khas beri keterangan siasatan Suhakam hari ini


Noel Achariam

PEGAWAI kanan Cawangan Khas kanan akan memberi keterangan hari ini pada sesi siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) terhadap aktivis hilang Amri Che Mat.

Timbalan Pesuruhjaya Awaluddin Jadid didakwa mengadakan pertemuan dengan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin bagi membincangkan mengenai kumpulan masyarakat sivil Perlis Hope yang diasaskan Amri.

Isteri Amri, Norhayati Ariffin sebelum ini memberi keterangan yang pihak berkuasa agama Perlis sedang menyiasat Amri kerana disyaki menyebarkan ajaran Syiah.

Norhayati juga memberi keterangan bahawa sebulan sebelum Amri hilang pada November 2016, beliau menyiarkan di Facebook mengenai pertemuan dengan Awaluddin bagi mengumpulkan maklumat mengenai Perlis Hope.

Siaran itu juga didakwa memberi amaran kepada rakyat agar berhati-hati mengenai Perlis Hope.

Perlis Hope diasaskan oleh Amri pada Oktober 2015 dengan tujuan membantu golongan miskin dan memerlukan.

Minggu lalu, pegawai Cawangan Khas Perlis ASP Razman Ramli berkata tiada bukti menunjukkan Perlis Hope terlibat dalam aktiviti Syiah.

Amri hilang pada 24 November 2016. Beliau dipercayai diculik sekumpulan individu menaiki kenderaan pacuan empat roda yang dilihat mengepung keretanya di Kg Padang Behor, Perlis.

Suhakam sedang menjalankan siasatan awam mengenai kehilangan Amri, Pastor Raymond Koh, Pastor Joshua Hilmy dan isteri Joshua, Ruth, bagi memastikan sama ada ia kes kehilangan paksa oleh pihak berkuasa.

The Malaysian Insight membawa anda maklumat terkini daripada prosiding hari ini:

4.20pm: Nizam bertanya kepada Awaluddin apakah peranan pihak berkuasa agama.

Awaluddin berkata berdasarkan pengetahuannya, ia melakukan pemulihan.

Nizam bertanya kepada Awaluddin jika pihak berkuasa agama mempunyai peranan sendiri mengikut undang-undang Syariah.

Awaluddin bersetuju.

Siasatan tamat dan akan disambung semula pada 5 Julai.

4.00pm: Nizam kemudian bertanya sama ada sebuah organisasi yang dipanggil Persatuan Kristian Melayu Malaysia wujud.

Awaluddin berkata ada cubaan mendaftarkan organisasi tetapi polis menghentikannya (dari berlaku).

Nizam bertanya kepada Awaluddin jika ia mengaku sebagai Syiah menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang sivil.

Awaluddin mengatakan setahunya tiada undang-undang tetapi berdasarkan kepada fatwa setiap negeri.

Nizam bertanya kepada Awaluddin jika mufti mengatakan Syiah itu suatu kesalahan.

Awaluddin berkata tidak.

Nizam bertanya kepada Awaluddin mengenai ucapan yang dibuat pada 2016 di mana mufti Pulau Pinang mengatakan tidak ada salahnya dengan Syiah.

Peguam berkata terdapat perbezaan pendapat kerana sekarang tidak semua negeri menentang Syiah (yang disebutkan sebelumnya).

Nizam kemudian bertanya kepada Awaluddin jika terdapat kebimbangan mereka yang menyokong Syiah.

Awaluddin berkata mereka perlu mengambil tindakan sebelum ia menular.

“Kami tidak mahu ia menjadi masalah keselamatan.”

3.45pm: Nizam bertanya kepada Awaluddin sama ada dia mengaku polis mengumpul maklumat berhubung individu yang murtad.

Awaluddin bersetuju mereka melakukannya.

“Kami melakukannya kerana isu keselamatan dan aduan daripada orang ramai.”

Nizam kemudian bertanya kepada Awaluddin dalam keterangan awalnya, dia berkata ia akan dirujuk ke jabatan agama.

“Di Cawangan khas kita perlu menghentikan beberapa perkara sebelum ia berlaku.”

3.25pm: Nizam bertanya Awaluddin apa-apa yang diluluskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bukanlah undang-undang tetapi pendapat agama semata-mata.

“Saya tidak dapat menjawabnya. Ia perlu dirujuk kepada pakar fatwa.”

Nizam berkata sejauh mana dia tahu jika fatwa itu dikeluarkan oleh negeri maka ia menjadi undang-undang tetapi sebaliknya jika ia pada peringkat kebangsaan.

3.10pm: Nizam bertanya kepada Awaluddin semasa bertugas sama ada dia berurusan dengan Syiah.

Awaluddin berkata bahagian mereka hanya mendapatkan maklumat mengenai Syiah.

Nizam kemudian bertanya kepada Awaluddin sama ada bahagiannya tidak mempunyai peranan jika fatwa tidak diwartakan.

“Apabila ia melibatkan Syiah, kami ikut sama ada keputusan dibuat oleh fatwa.”

2.45pm: Nizam bertanya Awaluddin mengenai kenyataan yang dibuat oleh bekas ketua polis negara Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap Syiah dalam kes tertentu di Perak.

Nizam bertanya kepada Awaluddin adakah dia bersetuju polis akan bertindak terhadap golongan Syiah.

Awaluddin berkata dia tidak bersetuju.

“Saya tidak boleh memberikan pandangan saya. Jika ia mengikuti fatwa negara, ya.”

1.15am: Peguam keluarga Amri, Nizam Bashir bertanya kepada Awaluddin jika terdapat unsur-unsur jenayah dengan Syiah selepas polis merujuk perkara itu kepada jabatan agama.

Awaluddin berkata bahagiannya tidak berurusan dengan pengganas.

Nizam bertanya kepada Awaluddin jika terdapat sebarang gangguan awam oleh kumpulan agama, mereka masih perlu merujuk kepada jabatan agama.

Awaluddin menjawab “tidak” dan mengatakan mereka perlu merujuk kepada pihak atasanya.

Siasatan berhenti rehat.

12.50pm: Pegawai Suhakam bertanya Awaluddin sekiranya Amri dan Perlis Hope terlibat dalam Syiah.

Awaluddin berkata ada laporan yang dibuat tetapi tiada bukti untuk mengambil tindakan.

Pegawai Suhakam bertanya mengenai isteri Amri, Norhayati Ariffin yang mendakwa dia tahu mengenai penculikan Amri.

Awaluddin menafikan apa yang dikatakannya.

Pegawai Suhakam bertanya sama ada dia pernah bertemu dengan Norhayati atau Shamzaini.

Awaluddin berkata dia tidak pernah bertemu dengan mereka.

12.25pm: Pegawai Suhakam bertanya kepada Awaluddin jika terdapat sebarang perbincangan mengenai gerakan murtad dengan Asri.

Awaluddin berkata tiada perbincangan mengenai kegiatan murtad.

Pegawai Suhakam bertanya Awaluddin jika ASP Razman melakukan siasatan terhadap Syiah dan Amri serta menyerahkannya ke Bukit Aman.

Awaluddin mengakui berbuat demikian dan berkata ia menjadi tugas mereka.

“Siasatan dijalankan bukan pada Amri tetapi Syiah.”

Pegawai Suhakam bertanya sama ada dia melakukan pengawasan terhadap Amri.

Awaluddin berkata mereka tidak melakukan pengawasan.

“Kami hanya memantau asas berdasarkan risikan yang kami terima daripada orang awam dan media sosial.

“Kami kemudian memberikan maklumat kepada pihak berkuasa agama.”

12.05pm: Pegawai Suhakam bertanya sama ada dia mengenali Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Awaluddin berkata dia kenal Asri.

Pegawai Suhakam bertanya kepada Awaluddin sama ada dia pernah bertemu Asri.

Awaluddin berkata dia bertemu dengan Asri pada 7 Oktober 2010 dan Jabatan Mufti Perlis.

“Saya bertemuya sebagai kunjungan hormat untuk membincangkan hal keselamatan dan ekstremisme di Perlis.”

Pegawai Suhakam bertanya Awaluddin jika Amri dan Perlis Hope turut dibincangkan semasa pertemuan mereka.

Awaluddin berkata mereka berbincang banyak perkara termasuk Perlis Hope yang mempunyai kaitan dengan Syiah.

“Kami hanya berbincang. Kami tidak boleh mengambil tindakan berhubung soal agama. Kami hanya boleh memaklumkan kepada jabatan agama.”

11.45am: Pesuruhjaya Suhakam Mah Weng Kwai bertanya kepada Khor sama ada dia mengetahui apa yang berlaku kepada Amri.

Khor berkata dia tidak mendapat sebarang maklumat.

Mah kemudian bertanya Khor sama ada dia tahu sama ada Amri masih hidup atau mati.

Mah kemudian bertanya sama ada benar-benar tidak mengetahui siapa menculik Amri dan dijawab Khor tidak tahu.

Mah bertanya kepada Khor sama ada Amri menghilangkan diri memandangkan dia memulakan siasatan terhadap kes itu.

Khor berkata terdapat kebarangkalian Amri menghilangkan diri.

“Saya tidak boleh mengatakan dengan jelas sama ada dia diculik atau menghilangkan diri. Ia masuk suatu kemungkinan.”

11.20am: Peguam keluarga Amri, Muthiah Karupaya bertanya kepada Khor jika dia mengenali DCP Azam Azhari daripada Jabatan Teknikal Bukit Aman yang memberi keterangan pada siasatan itu.
Khor berkata dia tidak mengenalinya kerana bertugas di balai lain.

Muthiah bertanya berapa kali Khor ke Pulapol.

Khor berkata semua orang ke sana untuk menjalani latihan.

Muthiah bertanya kepada Khor berapa kali dia memberitahu keluarga dan memberi mereka maklumat terkini berhubung siasatan.

Khor berkata tiga hingga empat kali pada 2016.

Muthiah bertanya Khor sama ada dia menyiasat kes itu sejak 2016 dan adakah tahu apa yang berlaku kepada Amri.

Khor berkata dia tidak boleh memberi sebarang teori kerana penyiasatan sedang berjalan.

11.05am: Louis bertanya apakah prosedur jika seseorang hilang.

Khor berkata jika laporan dibuat, mereka terlebih dahulu mengambil kenyataan daripada orang yang membuat laporan tersebut.

Katanya, mereka akan membuka kertas siasatan dan maklumat itu akan disebarkan kepada semua balai polis di seluruh negara.

Louis bertanya kepada Khor apa yang berlaku jika tiada perkembangan dan apakah jangka masa untuk orang yang hilang.

Khor berkata jika seseorang masih hilang, mereka akan berada dalam sistem dan jika ada perkembangan, ia akan dikemas kini.

10.50am: Louis menyoal Khor apa berlaku kepada fail yang diberikan kepada Bukit Aman.

Khor berkata Rahman kemudian memulangkan fail itu dengan arahan agar mendapatkan lebih banyak kenyataan daripada saksi.

Dia menambah polis melakukan lebih banyak siasatan.

10.40am: Louis bertanya Khor mengenai penyerahan fail siasatan Amri ke Bukit Aman.

Khor berkata fail itu diserahkan kepada Abdul Rahman Atan di Bukit Aman.

Louis bertanya sama ada Khor mengetahui mengapa fail itu diberikan kepada Bukit Aman.

Khor berkata dia diminta menyerahkan fail itu.

9.50am: Peguam keluarga Amri, Larissa Ann Louis meminta Khor membuktikan kenyataannya yang ASP Razman Ramli adalah pihak atasannya dan dia berpindah ke Terengganu.

Khor berkata Razman berpindah pada 2017 dan Inspektor Ganesan mengambil alih tugas sebagai ketuanya.

Louis kemudian meminta panel berehat sebentar untuk menyenaraikan soalan yang dipersetujui para peguam untuk Khor.

9.30am: Siasatan Suhakam diteruskan dengan Inspektor Khor Yi Shuen memberi keterangan.

Pegawai Suhakam bertanya sama ada Khor berjumpa pemilik Gold Vios, Saiful Bahari untuk memeriksa sama ada dia berada di sana atau sebaliknya.

Khor berkata dia pergi ke apartmen tetapi tiada siapa di situ.

Pesuruhjaya Suhakam Mah Weng Kwai kemudian bertanya kepada Khor jika dia boleh mencari Saiful.

Khor berkata akan mencari Saiful. – 3 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen