JUMLAH kes kemalangan maut pada musim cuti Hari Raya mencatatkan penurunan hampir separuh berbanding tahun lalu di Sabah.
Ketua Polis Sabah, Ramli Din berkata ia mencatatkan penurunan sebanyak 55% daripada 22 kes tahun lalu kepada 10 kes tahun ini, kebanyakannya membabitkan penunggang motosikal.
Sebanyak 13,121 saman trafik dikeluarkan pada Ops Selamat yang mencatatan peningkatan 15% berbanding 11,453 saman tahun lalu.
Saman berkenaan dikeluarkan sepanjang dua minggu operasi berkenaan bermula 19 Jun hingga 2 Julai.
“Kebanyakan kesalahan adalah kesalahan yang biasa di mana ramai pemandu tidak sabar untuk tiba ke destinasi bagi menyambut Hari Raya,” katanya.
Ramli berkata, pada operasi itu, polis turut menjumpai tiga buah motosikal yang dicuri dan menahan penagih dadah. – 3 Julai 2017
Komen