BANK Dunia berkata Malaysia masih berada di atas landasan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.4% meskipun berita negatif dari pasaran saham tempatan yang didakwa disebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Ahli ekonomi Kumpulan Bank Dunia (WBG), Richard Record, keadaan tidakstabilan ini disebabkan kebimbangan mengenai perubahan dalam kerajaan pada PRU14 telah berkurangan.
Aliran keluar dana asing dari pasaran tempatan lebih banyak dipengaruhi oleh faktor luaran yang turut mempengaruhi negara-negara membangun lain, kata Record yang merupakan ketua di Macroeconomics, Trade and Investment Global Practice.
“Saya fikir kita perlu melihat ketidakstabilan yang membawa kepada dan sekitar pilihan raya. Dan ini berlaku dalam mana-mana demokrasi di seluruh dunia,” Record memberitahu pemberita selepas melancarkan “World Bank Group’s Malaysian Economic Indicator” hari ini.
“Kebanyakan darinya telah berkurangan berbanding dengan isu pasaran lebih luas yang menjejaskan pasaran baharu dan membangunkan ekonomi di seluruh dunia, bukan hanya Malaysia.”
Pengkritik menyalahkan kerajaan PH kerana menakutkan para pelabur apabila mengumumkan bahawa jumlah sebenar hutang negara adalah RM1 trilion. Pentadbiran Barisan Nasional (kerajaan terdahulu) mendakwa hutang negara hanya berjumlah RM686.8 bilion.
Malah pengumuman kerajaan PH itu didakwa menyebabkan pelabur asing menjual pegangan saham mereka. Juga dilaporkan bahawa aliran keluar dana dari pasaran saham berada pada kira-kira RM4.23 bilion pada 18 Jun.
Jumlah ini masih yang terendah di kalangan negara-negara Asean seperti Thailand, Filipina dan Indonesia.
Bagaimanapun, pakar lain berkata penjualan saham itu lebih disebabkan oleh kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) dan perang perdagangan yang berlaku antara AS dan China.
Menurut Record, walaupun terdapat cabaran dari luar ini, WBG tetap mengatakan bahawa ekonomi Malaysia masih boleh berkembang pada 5.4% pada tahun ini.
“Ramalan kami ialah 5.4% pada 2018,” kata Record.
Dalam ucapannya terdahulu, beliau berkata ekonomi mempunyai asas kukuh dengan pelbagai sumber pendapatan eksport dari pembuatan dan komoditi. – 2 Julai, 2018.
Komen