Malaysia tidak hentikan pengeluaran permit kerja rakyat Korea Utara, kata Zahid


Low Han Shaun

MALAYSIA tidak menghentikan pengeluaran permit kepada warga Korea Utara, kata Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi.

“Berita Jepun yang mengatakan kita berhenti mengeluarkan visa untuk warga Korea Utara - laporan itu tidak betul,” kata Zahid pada sidang akhbar di Rumah Terbuka Raya di Putrajaya hari ini.

Agensi berita Kyodo melaporkan Malaysia tidak lagi mengeluarkan permit kerja kepada warga Korea Utara selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa negara-negara untuk menghentikan ekonomi untuk membantu kepimpinan Korea Utara.

Hubungan Malaysia dan Korea Utara menjadi tegang selepas pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari.

Jong-nam adalah saudara tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, dan Doan Thi Huong, 28, warga Vietnam didakwa membunuh Jong-nam.

Jong-nam kembali ke Macau, tempat dia tinggal dalam buangan, ketika dia mati akibat diracun.

Pembunuhan itu mencetuskan pertelingkahan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara yang menyebabkan kedua-dua negara memanggil pulang duta besar mereka. - 1 Julai 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen