PERTUMBUHAN ekonomi akan terjejas akibat tindakan perubahan yang dilaksanakan kerajaan baharu, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.
Bagaimanapun katanya, kerajaan yakin kesan itu hanya sementara kerana secara asasnya ekonomi negara kuat, katanya ketika berucap pada satu majlis Bank Dunia di Kuala Lumpur hari ini.
Azmin berkata kesakitan jangka pendek itu amat perlu bagi membolehkan kewangan kerajaan dibaik pulih dan memastikan ekonomi kekal kukuh dan boleh berkembang secara mampan.
“Walaupun pertumbuhan ekonomi mungkin terjejas daripada pelbagai pembaharuan, dijangkakan kesannya hanya jangka pendek,” kata Azmin ketika melancarkan Pemantauan Ekonomi Malaysia Bank Dunia: Hala tuju Pertumbuhan.
“Keseimbangan itu perlu untuk mengukuhkan kedudukan fiskal kerajaan, bagi mengembalikan ekonomi ke kedudukan yang teguh dan laluan pertumbuhan yang mampan.” – 2 Julai, 2018.
MENYUSUL
Komen