Umno masih terperangkap pemikiran lama


Looi Sue-Chern

Presiden Amanah Mohamad Sabu hari ini mengucapkan tahniah kepada Ahmad Zahidi Hamidi atas kejayaan dipilih menjadi pengerusi Umno yang baharu. – Gambar The Malaysian Insight oleh David Loh, 1 Julai, 2018.

PEMIMPIN Amanah hari ini mengucapkan tahniah kepada Ahmad Zahidi Hamidi atas kejayaan dipilih menjadi pengerusi Umno yang baharu.

Bagaimanapun, menurut Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Naib Presidennya Dr Mujahid Rawa, keputusan pemilihan Umno itu menunjukkan ahli parti itu masih “terperangkap dalam pemikiran lama”.

Kedua-dua mereka menyifatkan keputusan pemilihan Umno bagi jawatan presiden sebagai amat mengejutkan kerana ramai menjangkakan parti Melayu itu akan dipimpin oleh pemimpin baharu.

“Rakyat ingin melihat perubahan berlaku selepas parti itu kalah tetapi keputusan (pemilihan Umno) menunjukkan ahli mereka masih terperangkap dalam pemikiran lama,” kata Mujahid.

“Kebiasaannya selepas suatu parti itu kalah teruk dalam pilihan raya, akan berlaku perubahan.

“Letak ke tepi ucapan tahniah saya kepada Zahid, saya tidak lihat banyak perubahan dalam Umno. Lain ceritanya jika KJ atau orang lain dipilih,” katanya, merujuk Khairy Jamaluddin, bekas ketua Pemuda Umno.

Khairy, dalam kempennya, mengutarakan pelbagai cadangan pembaharuan, antaranya perkongsian kuasa presiden dengan akar umbi, bagi membolehkan mereka turut memilih calon pilihan raya di kawasan mereka, dan mengalakkan kritikan terbuka terhadap presiden.

Zahid menang dalam perebutan jawatan presiden selepas menewaskan Khairy dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Zahid, yang sebelum ini merupakan naib presiden Umno, menjalankan tugas sebagai pemangku presiden susulan peletakan jawatan oleh Najib Razak selepas Umno dan Barisan Nasional kalah pada pilihan raya 9 Mei.

Pemilihan Zahid sebagai presiden, menurut penganalisis, tidak membawa pembaharuan yang sewajarnya kepada Umno. – 1 Julai, 2018.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen