Umno dijangka akan tetap sama di bawah pimpinan Zahid, kata penganalisis 


Chan Kok Leong

Pelantikan Ahmad Zahdi Hsmidi sebagai presiden Umno dijangka sukar membawa perubahan dalam parti.– Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Julai, 2018

PEMBAHARUAN dan Umno tidak akan sehaluan dengan Ahmad Zahid Hamidi menerajui parti. 

Malah, penganalisis politik dari Institut Pulau Pinang Dr Wong Chin menjangkakan parti pembangkang akan lebih bersedia untuk berjuang dan oportunistik.

Katanya kemenangan Zahid pada pemilihan parti itu merupakan petanda era di mana Umno enggan berubah namun mengharapkan semuanya di Malaysia untuk berubah sejajar dengan parti. 

“Yang paling penting perbezaan antara Khairy dan Zahid ialah kesanggupan untuk menerajui Umno sebagai pembangkang dan bersedia menghadapi PRU15, bukannya merendahkan Pakatan Harapan,” kata Wong merujuk kepada kenyataan Zahid pada pemilihan parti.

Zahid mengjangkakan kerajaan DAP, Bersatu, Amanah dan PKR akan tumbang dan Umno perlu bersedia untuk mengambil peluang mendapatkan semula kuasa. 

Beliau bagaimanapun menerima kecaman di media sosial dan oleh ahli politik yang menyifatkan beliau sebagai mengkhianati janjinya untuk memimpin Umno dengan membawa pembaharuan. 

“Dibawah Zahid, Umno akan lebih oportunistik dan berjuang, namun bukan reformis. Memandangkan ia berharap untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan secepat mungkin, ia akan menganggap PAS sebagai rakan kongsi dan mungkin bersatu untuk menyerang Pakatan berhubung hak Islam dan Melayu.

“Ini akan menjadikan ia tidak boleh diterima bukan sahaja kepada masyarakat bukan Melayu, tetapi juga Sabah dan Sarawak dan menafikan nasib Umno dalam pembangkang,” kata Wong. 

Prof Dr Awang Azman Awang Pawi berkata: Zahid mewakili Melayu konservatif tulen dengan latar belakang agama dan kedoktoran yang baik. 

“Pendirian kuatnya tentaang membuka Umno kepada kaum lain mencerminkan keinginan parti untuk kekal konservatif.”

Zahid mengatasi saingan dari Khairy Jamaluddin untuk memenangi pemilihan parti dan menjadi presiden semalam. Tengku Razaleigh tidak memberi saingan sengit sebagaimana yang dijangka. 

Awang Azman dari Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya menyatakan bahawa kesetiaan Zahid kepada pemimpin terdahulu dan parti itu tidak dapat ditandingi di kalangan calon.

“Beliau merupakan ahli politik yang pernah diuji dan pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana menyokong Anwar Ibrahim. 

“Dan ketika ramai yang mengkritik presiden sebelum ini, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak, Zahid berdiri di belakang mereka atas nama menyokong institusi,” kata Awang Azman. 

“Kesetiaannya tidak dapat ditandingi apabila dibandingkan dengan Tengku Razaleigh yang pernah meninggalkan Umno untuk menubuhkan Semangat 46,” kata Awang Azman. 

Kesetiaan tidak berbelah bahagi itu merupakan budaya politik dalam Umno itu sendiri, tambahnya. 

Dalam pada itu, Wong dari Institut Pulau Pinang berkata Umno dan Zahid perlu bersaing dengan budaya politik “pemenang dapat semua” di Malaysia.

“Terima kasih kepada sistem politik ‘pemenang dapat semua’ yang dibina oleh Umno, Pakatan mempunyai banyak kelebihan sebagai pesaingnya untuk menarik ahi keluar daripada parti itu,” kata Wong yang menambah bahawa kemenangan Zahid sebenarnya baik untuk Pakatan.

Katanya Umno akan menyaksikan lebih ramai wakil rakyatnya keluar parti. – 1 Julai, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen