Acara ‘Harmony Walk’ pamer sifat hormat, perpaduan belum mati


Looi Sue-Chern

Pemimpin Kristian dan wakil agama lain melawat Masjid Kapitan Keling pada acara “Harmony Walk” di Pulau Pinang semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Looi Sue-chern, 23 Jun, 2017.

RAMAI yang memerhati di lokasi terkenal Street of Harmony di George Town petang semalam apabila sekumpulan pemimpin agama mengadakan “Harmony Walk” sebagai simbol perpaduan dalam bulan mulia Ramadan.

Acara anjuran Pengerusi Masjid Lebuh Acheh Dr Mujahid Yusof Rawa dan Gandhi Peace Centre Pulau Pinang (PGPC) yang bertujuan mempromosikan keamanan dan harmoni itu bermula di Gereja St George dengan kira-kira 60 peserta.

Kumpulan itu terdiri daripada umat Islam, penganut Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan juga Zoroastria.

Antara yang hadir ialah Biskop Sebastian Francis dari Diocese Pulau Pinang, Biskop Charles Samuel, Biskop Suffragan dari Area Diocese dan Father Gerard Theraviam.

Mereka berjalan ke Jalan Masjid Kapitan Keling untuk melawat rumah ibadat dan ketika menuju ke Kuil Goddess of Mercy dan Masjid Kapitan Keling, kumpulan itu semakin membesar. Ketika mereka tiba di dua hentian terakhir di Masjid Lebuh Acheh, kumpulan itu disertai kira-kira 100 orang.

Di Masjid Kapitan Keling, pemimpin masyarakat membawa kumpulan itu melawat di dalam majlis dan menjelaskan bagaimana mendirikan solat.

Di masjid Lebuh Acheh, kumpulan itu bertemu imam Muneer Farid Al-Hafiz, seorang peguam yang pernah belajar di St. Xavier’s Institution, sebuah sekolah mubaligh Kristian yang terkenal.

Selepas lawatan dan ucapan ringkas penganjur dan pemimpin agama, kumpulan itu duduk di atas tikar untuk berkongsi juadah berbuka puasa.

Acara itu meninggalkan kesan mendalam kepada beberapa pelajar universiti dari Australia yang sedang menjalani latihan amali di Pulau Pinang.

“Kami tidak menjangka dapat lihat sesuatu seindah ini di Pulau Pinang. Ada kepelbagaian juga di Melbourne tetapi kami tidak melihat orang ramai datang bersama seperti ini.

Beberapa minggu lalu sekumpulan umat Islam memberi amaran kepada bukan Islam supaya jangan turut serta dalam acara buka puasa kerana mereka tidak berpuasa, menyasarkan amaran itu kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Kumpulan itu diketuai Ketua PAS cawangan Jalan Mengkuang Azmi Jaafar berkata Lim tidak ada kena mengena hendak berkuasa bersama umat Islam kerana dia bukannya berpuasa.

Biskop Charles berkata acara itu sesuatu yang istimewa, menunjukkan kepada dunia masyarakat di Pulau Pinang hidup dalam harmoni.

“Terima kasih kerana mengajar kami untuk berjalan berganding bahu. Dan dengan berjalan kami belajar dan menerusi pembelajaran itu kami tunjukkan kasih saya yang Tuhan berikan,” katanya,

Mujahid berkata ketika dunia gusar dengan kebangkitan ekstremisme, masyarakat di Pulau Pinang boleh menunjukkan bagaimana perpaduan dan kekuatan boleh menewaskan radikalisme.

“Perkumpulan ini mungkin kecil tetapi kami mewakili harapan terhadap masyarakat berbilang bangsa dan agama yang menjadi sebahagian kehidupan sosial rakyat Malaysia,” katnaya.

Ahli Parlimen Parti Buntar itu berkata semua agama berkongsi nilai sama iaitu keamanan, keadilan dan kemanusiaan, dan asas menjadi Islam ialah dengan menjadi manusia; sebarkan keamanan, menganjurkan dialog dalam persekitaran sivil; dan melindungi kedamaian dengan menolak kebencian, prejudis, perang dan autoritarianisme. – 23 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen