KEKURANGAN pakar perunding tempatan menyebabkan kos yang tinggi dalam merancang projek terowong dan tiga lebuh raya di Pulau Pinang, kata kontraktor Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.
Pengerusi Zenith, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, berkata beberapa skop projek seperti Lebuhraya Bertingkat Berlapis, Terowong Tanah dan Terowong Marin memerlukan perunding teknikal dan luar negara bagi kajian pakar kerana tiada sumber tempatan.
“Buat masa ini, institusi profesional di Malaysia tidak mempunyai skala standard bayaran untuk perunding khas yang dirujuk.
“Yuran mereka perlu ditanda aras dengan fi standard antarabangsa,” katanya pada sidang akhbar di Komtar hari ini.
Pada Selasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan yang mengetuai pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional, mengancam membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai Pakatan Harapan. – 22 Jun, 2017.
Komen