Khairy janji pertahan Umno daripada kemungkinan dibatal pendaftaran


Looi Sue-Chern

Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata jika beliau dipilih, beliau akan mengadap sesiapa sahaja yang diperlukan termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, menteri dalam negeri, malah perdana menteri sendiri jika perlu. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 29 Jun, 2018.

CALON presiden Umno Khairy Jamaluddin berikrar mempertahankan parti itu daripada dibatalkan pendaftaran, menambah yang beliau bersedia berjumpa sesiapa sahaja untuk menyelamatkan parti Melayu itu.

Bekas ketua Pemuda Umno itu berkata jika beliau dipilih, beliau akan mengadap sesiapa sahaja yang diperlukan termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, menteri dalam negeri, malah perdana menteri sendiri jika perlu.

“Kita tak pasti tetapi jika benar ada perbincangan yang Umno mungkin dibatalkan pendaftaran. Jika saya presiden, saya akan jumpa dan berdebat dengan sesiapa sahaja yang diperlukan bagi memastikan Umno tidak disentuh dan asetnya dipulangkan.

“Saya akan jumpa mereka. Saya akan bercakap dengan Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) dan memintanya supaya tak batalkan pendaftaran Umno,” katanya pada pertemuan dengan ahli Umno Pulau Pinang malam tadi di Seberang Jaya menjelang pemilihan jawatan tertinggi parti itu Sabtu ini.

“Saya akan minta (perdana menteri) untuk benarkan kita melawan secara budiman, dan tidak ada keperluan untuk hapuskan Umno. Selepas itu, kita fokus untuk mengukuhkan parti.” – 29 Jun, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen