KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) boleh membawa kepada konflik besar terhadap isu-isu agama dan kaum kerana pembangkang terdiri majoritinya dari parti Melayu-Islam, kata penganalisis politik Dr Denison Jayasooria.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin terdiri daripada pelbagai kaum, namun pembangkang yang didominasi oleh Umno dan PAS akan mewujudkan perpecahan antara rakyat Malaysia yang lebih tradisonal dan konservatif dengan mereka yang lebih liberal.
“Salah satu sebab punca kepada perkara ini ialah kenyataan bahawa pembangkang iaitu Umno dan PAS masih tidak berganjak dari menggunakan isu agama dan kaum,” kata Dr Denison dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Berucap di bengkel mengenai PRU14 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini, Denison berkata Umno khasnya, masih belum bebas dari perangkap “agama dan kaum”. Beliau memetik reaksi parti Melayu itu terhadap kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam Bahasa Mandarin awal minggu ini.
Beliau berkata PAS juga tidak terkecuali kerana ia menang 18 kerusi dan memegang kerajaan Kelantan dan Terengganu serta hampir membentuk kerajaan campuran di Kedah dan Perak.
“PAS sangat konsisten dalam perjuangannya untuk menubuhkan kerajaan Malaysia Islam dan keputusan PRU14 menunjukkan kecenderungan kepada penubuhan negara Islam di kampung-kampung Melayu,” katanya.
“PAS boleh menjadi kuasa dalam dua generasi.” – 28 Jun, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen