TERNYATA, masih ramai yang menyayangi dan terus menyokong Najib Razak walaupun parti yang dipimpin bekas perdana menteri itu kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).
Mereka yang masih setia dengan bekas presiden Umno itu mengadakan majlis sambutan Hari Raya istimewa buat Najib di The Diplomat KL bagi menghiburkannya dan sebagai tanda penghargaan.
Najib pada majlis itu turut sempat mendendangkan beberapa buah lagu antaranya lagu malar segar seperti “The Young Ones nyanyian Cliff Richards.
Ia bukan perkara luar biasa bagi Najib, kerana beliau sebelum ini turut pernah mendendangkan lagu “Sha La La La” oleh kumpulan The Walkers dalam satu majlis bersama Presiden Filipina Rodrigo Duterte.
Rakaman nyanyian turut dimuat naik di laman sosial Facebook.
“Mereke minta beliau untuk nyanyi. Jadi beliau pun nyanyi. Boleh tahan,” kata pemimpin Gerakan dan Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guang, mengenai rakaman tersebut.
Huan adalah antara pemimpin yang hadir ke majlis tersebut. Turut hadir adalah isteri Najib Rosmah Mansor, beberapa anaknya dan bekas naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim.
“Kira-kira 500 orang hadir. Ramai juga orang muda yang datang, tak sangka.
“Ia dianjurkan oleh Daniel Goh, seorang aktivis media sosial yang bukan ahli politik,” kata Huan kepada The Malaysian Insight semalam.
“Ia hanya majlis untuk menghargai sumbangannya dan untuk menghiburkannya (Najib). Orang ramai berkongsi wang untuk acara itu.” – 26 Jun, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen