PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad memuji kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton yang dibangunkan bersama syarikat pengeluar China, Geely.
Dr Mahathir memandu uji kenderaan itu semalam dan berkata beliau kagum dengan kualiti dan pembuatannya yang bagus.
“Saya menguji kereta itu. Ia sangat bagus. Kualitinya tinggi dan saya fikir ia kereta yang baik untuk pasaran,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar hari ini.
Pengerusi Pakatan Harapan itu juga bertemu dengan beberapa wakil dari Geely minggu lalu untuk membincangkan tentang masa depan Proton, di mana beliau berkata perlu ada lebih ramai wakil dari Malaysia.
“Proton mungkin diuruskan oleh Geely, tetapi kita mahu rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam pembekalan. Pengeluar Malaysia juga patut turut serta dalam proses itu,” katanya.
DRB-Hicom mengadakan perjanjian dengan Geely bagi membolehkan syarikat China itu membeli 49.9% pegangan dalam Proton pada Mei tahun lalu. – 25 Jun, 2018.
Komen