MENTERI Kewangan Lim Guan Eng keluarkan kenyataan dalam bahasa Mandarin kesilapan kecil, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini dan enggan memanjangkan isu itu.
Beliau berkata isu itu tidak sepatutnya dipolitikkan kerana Lim juga menyalurkan maklumat untuk masyarakat Cina.
“Ia kesilapan kecil, jangan jadikan isu. Kadangkala kita buat silap. Untuk orang Cina, beliau keluarkan kenyataan dalam bahasa Cina. Itu saja,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar hari ini.
Kementerian Kewangan mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin tidak lama selepas Lim dilantik sebagai menteri bulan lalu.
Tindakan itu mengundang kontroversi apabila beberapa pemimpin Umno menyerang Lim berhubung penggunaan bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi daripada kementerian. – 25 Jun, 2018.
Komen