PAS menang di Terengganu kerana kelemahan Umno, Pakatan


Chan Kok Leong

Penganalisis, Dr Mazlan Ali berkata serangan PAS terhadap Dr Mahathir Mohamad juga memihak kepada mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Jun, 2018.

KEMENANGAN mengejut PAS di Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah kerana pertelingkahan dalam Umno dan kelemahan jentera Pakatan Harapan (PH) di negeri-negeri di Pantai Timur, menurut dapatan analisis pasca pilihan raya.

Penganalisis, Dr Mazlan Ali berkata analisis yang dikemukakan kepada pemimpin negeri PH pada Khamis menyebut bahawa serangan PAS terhadap Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad juga memihak kepada mereka.

Menurut Mazlan, ramalan awal beliau pada September 2017 menumpu kepada kekalahan PAS pada PRU14.

Mac lalu, badan pemikir PKR, Invoke juga meramalkan perkara sama mengenai kekalahan PAS.

“Barisan Nasional sendiri menganggap ia mampu memperoleh majoriti dua pertiga di Kelantan dan Terengganu melalui pertandingan tiga penjuru, tetapi ia silap,” kata Mazlan, pensyarah sains politik di Universiti Teknologi Malaysia.

PAS menang 22 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam daripada lapan kerusi Parlimen di Terengganu pada PRU14. Di peringkat Persekutuan, PAS menang 18 kerusi Parlimen.

Pada PRU13, PAS hanya menang 15 daripada 32 kerusi DUN di Terengganu dan memperoleh empat kerusi Parlimen. – 24 Jun, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen