Shahril Hamdan naib ketua Pemuda Umno baharu 


Chan Kok Leong

Shahril mendapat 98 undian manakala di tangga kedua ialah Batsien Onn yang merupakan pembantu kepada calon presiden Umn Tengku Razaleigh Hamzah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Jun, 2018

PEMBANTU kepada calon presiden Umno Khairy Jamaluddin, Shahril Hamdan, merupakan calon pertama untuk menyeberangi garisan penamat dalam saingan bagi merebut jawatan naib ketua Pemuda Umno apabila mendapat 98 daripada 191 undi bahagian.

Keputusan itu diumumkan melalui Twitter @PemilihanUmno2018 pada jam 11.30 malam.

Tweet itu menyebut Shahril mendapat 98 undian manakala di tangga kedua ialah Batsien Onn yang merupakan pembantu kepada calon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah. 

Sementara itu, naib ketua Pemuda, Senator Khairul Azwan Harun kini mendahului dalam saingan bagi merebut jawatan ketua Pemuda Umno. 

Paga jam 11.31 malam, Khairul mendahului dengan 56 undi berbanding Dr Asyraf Wajdi Dusuki (53), ketua Pemuda Umno Pahang Shahar Abdullah (51). Sementara itu ketua bahagian Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos hanya mendapat satu undi bahagian. 

Dalam saingan jawatan Puteri, Zahida Zarik Khan mendahului dengan 68 undi berbanding pencabarnya Hazreena Hashim yang hanya mendapat tujuh undi bahagian.

Bagi saingan sayap Wanita pula, Azizah Mohd Dun (29) dan Dr Noraini Ahmad (25) kini dalam saingan rapat dalam pertandingan tiga penjuru. Setakat jam 11.28 malam, calon ketiga Zaharah Sulaiman masih belum mendapat sebarang undian. – 23 Jun, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen