SEMBILAN daripada 13 ketua bahagian Umno Pulau Pinang dijangka menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti hari ini, memadam harapan bagi kepimpinan baharu dalam unit parti negeri.
Kedudukan tujuh timbalan ketua pengerusi dan tiga naib pengerusi juga tidak akan dipertandingkan.Dalam senarai dari sumber Umno negeri yang dilihat The Malaysian Insight, Ahli Parlimen Kepala Batas dan bekas timbalan menteri luar Reezal Merican Naina Merican antara ketua bahagian yang menang tanpa bertanding.
Dijangka tiada pertandingan bagi kesemua tiga jawatan tertinggi di Permatang Pauh, Jelutong, Bukit Gelugor dan Bayan Baru.
Reezal ialah salah seorang daripada dua ahli Parlimen Umno di Pulau Pinang. Beliau juga merupakan timbalan pengerusi Umno negeri.
Ahli Majlis Tertinggi dan bekas ketua Pemuda Umno itu dijangka dipilih menjadi ketua Pemuda negeri, iaitu pelantikan yang dibuat oleh presiden parti.
Reezal juga akan mempertahankan jawatan Majlis Tertinggi. – 23 Jun, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen