Walaupun GBS terbentuk, masih ramai ahli Umno Sabah bertanding pemilihan pusat


Jason Santos

UMNO terus bernyawa di Sabah walaupun wujud cakap-cakap yang ahli parti itu kini meninggalkannya untuk masuk kumpulan baru, Gabungan Bersatu Sabah (GBS).

Malah, beberapa ahlinya bertanding untuk pelbagai jawatan dalam pemilihan parti hujung bulan ini.

GBS dicadangkan ditubuhkan dengan ahli Umno Sabah menyertai Parti Bersatu Sabah untuk membentuk PBS Plus dalam perjanjian antara Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah Musa Aman dan Presiden Star Sabah Jefferey Kitingan.

Jefferey menawarkan dua kerusi Star Sabah yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu kepada Musa seterusnya membolehkan Musa angkat sumpah jadi ketua menteri dengan sokongan majoriti mudah pada 10 Mei.

Tetapi tempoh kuasa ketua menterinya singkat apabila beberapa orang Adun Umno dan Upko mengalihkan sokongan kepada Warisan-Pakatan Harapan seterusnya memberikan majoriti kepada Presiden Warisan Shafie Apdal untuk bentuk kerajaan negeri pada 12 Mei.

Pada ketika itu, PBS, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Liberal Demokratik sudah meninggalkan Barisan Nasional, menyebabkan hanya Umno, MCA, Gerakan dan sejumlah kecil ahli MIC dalam gabungan pembangkang.

Ketua Wanita Umno Sabah yang juga Timbalan Ketua Wanita Umno Malaysia Azizah Mohd Dun kini bertanding merebut jawatan ketua Wanita Umno Malaysia.

Azizah mahu menggantikan Shahrizat Abdul Jalil yang mengumumkan tidak pertahankan jawatan itu. – 23 Jun, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen