Haramkan bazar di Masjid India semasa musim perayaan


Noel Achariam

Pengerusi Persatuan Peniaga Wisma Yakin, Maideen Kadir Shah berkata peniaga sedang menunggu menteri Wilayah Persekutuan yang baru dilantik untuk menyuarakan rungutan mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 Jun, 2018.

PEMILIK perniagaan di kawasan Masjid India mahu kerajaan Pakatan Harapan melarang peniaga daripada mendirikan bazar di sekitar kawasan sibuk di Kuala Lumpur semasa musim Ramadan dan Deepavali.

Mereka berkata kewujudan gerai-gerai tersebut menyebabkan perniagaan mereka merosot, selain menimbulkan risiko kebakaran dan keselamatan.

Pengerusi Persatuan Peniaga Wisma Yakin, Maideen Kadir Shah berkata peniaga sedang menunggu pelantikan menteri Wilayah Persekutuan yang baru bagi menyuarakan rungutan mereka.

“Jika menteri tidak dilantik, kami akan pergi ke Putrajaya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad,” katanya di masjid Masjid India hari ini.

“Kami menderita lebih 20 tahun.”

Maideen berkata pemilik perniagaan di kawasan itu, yang popular dengan pelbagai gerai jualan makanan dan pakaian semasa musim Ramadan dan Deepavali, sudah lama mengadu mengenai isu keselamatan kerana jalan utama di kawasan itu ditutup selama sebulan semasa musim perayaan. 

Maiden berkata, pada 6 Jun lepas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memaklumkan kepada mereka yang agensi itu sudah meluluskan 80 lesen bazar Ramadan.

“Kami terus berhubung dengan DBKL untuk membantah kelulusan itu.

“Tetapi bazar itu tetap diteruskan,” katanya. – 22 Jun, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen