Masalah menanti jika lantikan 2 hakim tertinggi diputuskan tidak berpelembagaan


Bede Hong

Ketua Hakim Negara Raus Sharif sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Jun, 2018.

SEKIRANYA Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang pelantikan dua hakim tertinggi negara tidak berperlembagaan, ia boleh menyebabkan permohonan semakan semula kes yang pernah dikendalikan mereka, kata peguam.

Ketua Hakim Negara Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin dijangka tamat perkhidmatan pada 31 Julai. Kedua-dua mereka sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun.

Bagaimanapun, masih ada keputusan yang belum selesai dibuat oleh tujuh hakim panel di mahkamah tertinggi yang pada Mac mendengar kritikan Perlembagaan oleh Majlis Peguam Malaysia dan Persatuan Peguam Sarawak mengenai pelantikan kedua hakim tersebut.

Sekiranya Mahkamah Persekutuan memerintahkan tempoh lanjutan perkhidmatan Raus dan Zulkefli tidak mengikut Perlembagaan, maka litigan dalam kes yang diputuskan kedua-dua hakim ini mempunyai pilihan untuk mengkaji semula kes mereka.

Proses semakan ini boleh dilakukan dengan menggunakan kuasa Mahkamah Persekutuan untuk membetulkan ketidakadilan di bawah Kaedah 137 Mahkamah Persekutuan 1995,

“Kemungkinan semakan sangat tinggi,” kata peguam Perlembagaan, Lim Wei Jiet.

“Tetapi salah satu daripada kategori bagi kes yang dibenarkan untuk disemak semula adalah di mana mahkamah membuat keputusan itu tidak ditubuhkan dengan betul, tidak sah atau tidak mempunyai bidang kuasa.”

Boleh dikatakan, mana-mana panel mahkamah yang melibatkan Raus atau Zulkefli semasa tempoh yang dianggap tidak berperlembagaan akan dianggap tidak ditubuh dengan betul, tidak sah atau tidak mempunyai bidang kuasa.

Bagaimanapun, menurut Lim semua litigator perlu melalui proses biasa bagi membuat semakan semula kes dan ia bukan berlaku secara automatik. – 22 Jun, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen