PENGGUNA media sosial membidas Najib Razak selepas bekas perdana menteri itu mendakwa tidak mengetahui mengenai aliran tunai dana 1Malaysia Development Berhad.
Rata-rata daripada mereka tidak mempercayai jawapan “tidak tahu” yang diberikan Najib dalam wawancara bersama Reuters baru-baru ini, dengan menyifatkan ia sebagai cubaan untuk memperbodohkan rakyat.
Peguam Art Harun menggelar Najib sebagai “Mr iDon’t Know” dengan hashtag #iDontKnow di Twitter.
“Apa yang saya tahu? Saya hanya PM, KKM & orang yang kelulusannya mesti diperolehi untuk semua perkara membabitkan kewangan dalam 1MDB. #iDontKnow,” tulis @art_harun.
“Kita ada perdana menteri merangkap menteri kewangan dan penasihat kewangan utama ‘dana berdaulat’ negara yang tidak tahu bahawa BERBILION ringgit sudah digelapkan dan berjuta-juta masuk ke dalam akaun peribadinya, tetapi tahu pula mengenai coklatnya di dalam peti sejuk hilang.
Beliau merujuk kepada aduan Najib bahawa polis yang menyerbu rumahnya di Langgak Duta, Kuala Lumpur beberapa minggu lalu, mengambil coklat dari peti sejuk di rumahnya.
Berbilion ringgit dilaporkan diseleweng dari 1MDB dan digunakan untuk membeli aset mewah seperti lukisan, hartanah, barang kemas dan kapal layar mewah di luar negara.
Selepas BN tewas, kerajaan baharu Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengarahkan siasatan dilakukan ke atas skandal 1MDB. – 21 Jun, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen