Pendedahan skandal dan tenangkan pelabur boleh dilakukan serentak


Sheridan Mahavera Looi Sue-Chern

Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak sepatutnya mengalah walaupun terdapat kritikan beliau menakutkan para pelabur dan terus mendedahkan kebenaran kepada rakyat. – fail Gambar The Malaysian Insight, 21 Jun, 2018.

LIM Guan Eng harus melakukan kedua-duanya: memberitahu kebenaran tentang ekonomi, tidak kira betapa buruknyanya ia, dan meyakinkan pelabur yang negara berada di landasan yang betul, kata ahli ekonomi.

Menurut mereka, menteri kewangan tidak sepatutnya mengalah walaupun terdapat kritikan beliau menakutkan para pelabur, yang sebahagiannya menarik dana daripada pasaran saham tempatan.

Mereka mengulas mengenai kenyataan baru-baru ini yang menyerang Lim kerana “bermain politik” dengan kewangan negara dan menakutkan para pelabur.

Mereka dalam Barisan Nasional (BN) mendakwa pengumuman Lim mengenai keadaan ekonomi negara menyebabkan pelabur asing menarik diri dan menjual pegangan mereka di pasaran saham. Sehingga 8 Jun, aliran keluar berjumlah RM3.02 bilion.

Lim juga menerima kritikan daripada ketua umum PKR dan bekas menteri kewangan Anwar Ibrahim, yang mengatakan beliau harus memberi tumpuan kepada menenangkan pelabur.

Bagaimanapun, pakar ekonomi mengatakan kepada The Malaysian Insight yang dengan mendedahkan segala-galanya, bahagian ekonomi yang lemah boleh diperbaiki sementara kekuatan Malaysia akan membolehkan perniagaan dan pelabur untuk berasa yakin dengan daya majunya.

Bertindak sebaliknya hanya akan mengulangi kebodohan besar pentadbiran BN di mana skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MBD) disembunyikan daripada orang awam sementara ia mengikis tabung negara.

Satu-satunya aspek pendedahan Kementerian Kewangan yang tidak disepakati oleh para pakar ekonomi ialah sama ada untuk membiarkan maklumat tersebut sedikit demi sedikit atau atau mengumpulkannya semua terlebih dahulu dalam satu laporan penting.

“Dalam usaha membersihkan kementerian itu, Lim sebagai menteri kewangan berkewajipan memberi laporan telus mengenai apa yang telah berlaku,” kata Prof Edmund Terence Gomez dari Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti Malaya.

“Bagi saya, beliau melakukan perkara yang bertanggungjawab,” kata profesor ekonomi politik itu.

Prof Edmund Terence Gomez berkata menteri kewangan perlu bersikap telus bagi membolehkan beliau membersihkan segala skandal yang ditinggalkan kerajaan terdahulu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Jun, 2018.

Seorang lagi ahli akademik Dr Yeah Kim Leng daripada Sekolah Perniagaan Universiti Sunway berkata kedua-dua peranan - bercakap tentang rasuah atau skandal kewangan dan menguruskan keyakinan pelabur - “not mutually exclusive”.

“Komunikasi yang baik akan memberi penerangan tentang kebenaran, iaitu mengenai penyelewengan, dan juga memberikan maklumat kepada orang ramai untuk menilai impak secara bebas terhadap penilaian kerajaan.” – 21 Jun, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen