Walaupun dituduh terlibat skandal, Najib hero di mata penduduk Pekan


Kamles Kumar

Najib Razak letak jawatan sebagai presiden Umno dan Barisan Nasional (BN) susulan kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 Mei. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Jun, 2018.

NAJIB Razak tetap hero di mata penduduk Pekan, dan tegas mengatakan bekas perdana menteri itu tidak bersalah.

Najib letak jawatan sebagai presiden Umno dan Barisan Nasional (BN) susulan kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 Mei.

Walaupun Umno kalah teruk, Najib berjaya mempertahankan Parlimen Pekan, yang merupakan legasi arwah bapanya, perdana menteri kedua Abdul Razak.

Najib dan isterinya Rosmah Mansor dilarang daripada meninggalkan Malaysia, dan disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung kes membabitkan anak syarikat 1MDB, SRC International.

Namun, rakyat Pekan percaya dakwaan terhadap Najib adalah bersifat politik.

“Kami rasa ia hanya fitnah, tikam belakang dan rakyat mahu burukkan nama baik Najib,” kata peniaga Anisah Hassan, 55, yang menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Najib hari ini.

“Kami tak peduli (siasatan SPRM). Sokongan kami semakin kuat kepada beliau,” katanya.

Pengundi Pekan, Nuwana Abdul Karim berkata kejatuhan BN tidak mengubah pandangan rakyat terhadap Najib.

“Beliau masih orang yang sama. Dia bersungguh-sungguh untuk rakyat Pekan.

“Saya harap Allah akan sentiasa bersama beliau dan keluarga beliau. Saya tak percaya khabar angin. Ini semua politik,” kata pemilik restoran itu. – 15 Jun, 2018.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Hero kepala bapak kau

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan