Pusat beli belah dijangka catat pertumbuhan jualan lepas pemansuhan GST


Noel Achariam

Lebih 600 pusat membeli belah di seluruh negara, dengan 40 buah lagi dijangka akan dibina dalam tempoh dua tahun akan datang. – Gambar Youtube, 14 Jun, 2018

PASARAN runcit dijangka mencatatkan pertumbuhan 5% kepada 6% pada suku kedua dan ketiga 2018 berikutan pengurangan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 0%, kata Persatuan Peruncit Malaysia (MRA).

“Ramai yang menantikannya (pemansuhan GST) untuk membeli barangan seperti barang kemas, jam tangan mewah, dan juga kenderaan, kata presidennya James Loke.

“Ini adalah (tempoh) cuti daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula. Pada dua hujung minggu lalu, jualan mencatatkan peningkatan.”

Loke berkata jangkaan pertumbuhan jualan adalah sambutan yang menggalakkan bagi pasaran runcit lemah, yang dialami sejak beberapa tahun kebelakangan kerana GST dan sentimen ekonomi yang lemah.

Pada 2017, pasaran runcit mencatatkan pertumbuhan 4.9% pada suku kedua sebelum menjunam kepada -1.1% dari Julai hingga September tahun yang sama.

Beliau juga menyifatkan lambakan di pusat membeli-belah di Malaysia, terutamanya Lembah Klang, kerana pertumbuhan pasaran runcit yang tidak stabil.

Loke pada pertemuan dengan Majlis Penasihat Negara minggu lalu memberitahu majlis berkenaan laporan MRA 2017 yang mendapati lebih 600 pusat membeli belah di seluruh negara, dengan 40 buah lagi dijangka akan dibina dalam tempoh dua tahun akan datang. 

Presiden MRA James Loke ketika bercakap kepada The Malaysian Insight dalam satu sesi temu bual yang diadakan di Balakong, Cheras.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 14 Jun, 2018

“Kami bangkitkan isu ini kepada majlis berkenaan kerana perlu ada kawalan pusat membeli belah kerana lebihan bekalan tidak akan membantu pasaran,” katanya kepada The Malaysian Insight. 

Loke berkata beliau merayu kepada majlis berkenaan untuk mengumpulkan pemegang saham utama bagi membuat satu dasar dan garis panduan bagi mengatasi isu lebihan bekalan. 

Bagi pelaksanaan SST, Loke berkata semua ahlinya sangat menyokong inisiatif kerajaan baharu. 

“Kami belanjakan berjuta-juta untuk sistem point of sales (POS), kos tanda harga dan pekerja untuk GST jadi ia akan memberikan tugas yang berat kepada peruncit untuk (pelaksanaan) SST. 

“(Tetapi) kita perlu sokongan kerajaan jadi kita akan patuh. 1 September depan, SST akan dilaksanakan dan kita tidak tahu lag kadarnya. 

“Katakan cukai jualan tinggi, ia akan memberi kesan kepada kos harga dan perubahan harga sekali lagi,” katanya. 

Pengarah Urusan Kumpulan Peruncit Malaysia Tan Hai Hsin berkata, terlalu awal untuk melihat sekiranya jualan meningkat sejak kadar sifar GST pada 1 Jun, tetapi ahli persatuan peruncit berharap perniagaan mereka akan pulih selepas suku kedua 2018.

“Mereka menunjukkan kadar pertumbuhan 6%. Perubahan parti pemerintah selepas pilihan raya umum 9 Mei dijangka akan meningkatkan keyakinan pengguna dan meningkatkan keinginan mereka untuk berbelanja,” katanya. 

“Pada masa yang sama, perayaan paling besar di Malaysia, Hari Raya sedang diraikan.”

Beliau berkata pemansuhan GST akan memberi kelebihan kepada peruncit, corak perbelanjaan pengguna selepas pelaksanaan SST akan sukar dijangka. 

“Banyak perubahan yang berlaku dengan pantas selepas pilihan raya umum baru-baru ini, Jadi sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku dalam beberapa bulan akan datang,” katanya. – 14 Jun, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen