SELEPAS kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Barisan Nasional (BN) kini tidak lagi relevan dalam arena politik negara dan dilihat sebagai sebuah parti yang hanya mewakili Semenanjung Malaysia dengan penarikan diri parti komponennya dari Sabah dan Sarawak, kata penganalisis.
Namun, kematian parti itu menghidupkan semula konsep federalisme - di mana kedua-dua negeri dan kerajaan Persekutuan mempunyai status yang setara - yang disifatkan pemerhati boleh memberikan kelebihan kepada kedua-dua negeri Borneo tersebut.
Penganalisis Penang Institute Dr Wong Chin Huat berkata terdapat tiga senario yang bakal berlaku di Sarawak dan mungkin disusuli pula di Sabah.
Senario pertama adalah parti Sarawak yang keluar dari BN, yang kini membentuk gabungan baharu iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS), menjadi sekutu kerajaan Pakatan Harapan (PH) di peringkat Persekutuan tetapi mengekalkan pentadbiran di peringkat negeri.
“Jika langkah ini membawa kepada sistem dua parti yang sihat, ia akan menjadi sesuatu yang baik,” kata Wong.
Senario kedua, yang dilihat kurang sihat adalah selepas pilihan raya negeri Sarawak pada 2021, di mana PH dan GPS mungkin akan bergabung untuk membentuk kerajaan. Keadaan di mana kerajaan satu parti akan terbentuk.
“Ini sama ada akan membiakkan pakatan sulit atau menyebabkan kemusnahan,” kata Wong.
Senario paling buruk dan terakhir adalah bekas parti BN bertindak untuk menentang PH di peringkat Persekutuan mahupun negeri jika tuntutan mereka untuk autonomi yang lebih besar atau tambahan peruntukan Persekutan tidak diendah. – 13 Jun, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen