KERAJAAN Pulau Pinang meluluskan pemindahan hak milik hartanah beralamat No. 50 Love Lane, sebuah rumah kedai warisan di George Town, mengakhiri kebuntuan pertikaian antara pentadbiran DAP dan Persatuan Klan Cina Pulau Pinang (PCCC) yang tercetus tahun lalu.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata hartanah itu akan dipindahkan kepada persatuan berkenaan dengan kadar nominal RM10.
Katanya, persatuan itu juga perlu mengikuti syarat-syarat tertentu yang datang dengan pemindahan hartanah.
Antara syarat tersebut adalah harta tidak boleh dipindahkan, dicagarkan, atau dimasukkan ke dalam sebarang transaksi perniagaan, melainkan dengan kelulusan pihak berkuasa negeri.
“Persatuan mesti memulihkan bangunan dalam tempoh lima tahun, mengikut garis panduan pemeliharaan warisan.
“Hartanah itu mesti digunakan hanya sebagai muzium dan pusat penafsiran mengenai penempatan awal orang Cina di Pulau Pinang,” kata Chow pada sidang akhbar hari ini.
Selain bayaran nominal RM10, PCCC juga akan membayar RM23,132.56 kepada kerajaan negeri yang merupakan tunggakan cukai yang terkumpul sejak 2014, tahun kerajaan merampas hartanah bertatus pegangan bebas itu.
Hartanah pra-perang, yang sebelum ini milik Eng Siew Kee Kongsi dan diuruskan oleh lembaga pemegang amanah lima anggota sejak 1909, dirampas oleh negeri kerana tidak membayar tunggakan tunggakan sewa. – 13 Jun, 2018.
Komen