GPS bukan dalam Kerajaan Pakatan, kata Guan Eng


Looi Sue-Chern

Gabungan Parti Sarawak yang mengumumkan pemisahan mereka daripada Barisan Nasional hari ini boleh sahaja meluahkan sokongan kepada kerajaan dan kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tetapi mereka bukan Pakatan Harapan, kata Lim Guan Eng. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 12 Jun, 2018.

BEKAS parti Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak akan mewakili Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH), kata Timbalan Presiden PH Lim Guan Eng.

Katanya, parti Sarawak terbabit yang mengumumkan pemisahan mereka daripada BN hari ini boleh sahaja meluahkan sokongan kepada kerajaan dan kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tetapi mereka bukan sebahagian daripada PH.

“Mereka tak akan diwakili dalam kerajaan PH, sama seperti kami tak berada dalam Kerajaan Sarawak.

“Jika mereka dalam PH, ia cerita lain. Jadi wakil kami (di Sarawak) juga akan dianggap sebahagian (pentadbiran) negeri.

“Tetapi mereka bukan, jadi persoalan itu tidak timbul,” kata Lim di Pulau Pinang petang tadi. – 12 Jun, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen