JEPAK Holdings Sdn Bhd, syarikat yang disebut dalam kontroversi projek tenaga solar untuk 369 buah sekolah di pedalaman Sarawak menafikan telah melakukan sebarang kesalahan dan berkata projek itu sedang berjalan serta dibuat secara telus.
Pengarah Urusannya, Saidi Abang Samsudin menepis dakwaan Sarawak Report bahawa projek itu sepatutnya siap dalam tempoh 18 bulan apabila ia dianugerahkan secara terus kepada syarikatnya pada 2015.
Portal berpengakalan di UK itu mendakwa bekas perdana menteri Najib Razak menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion itu namun walaupun selepas tiga tahun, tiada satu unit solar pun siap dipasang.
Saidi berkata syarikatnya kini sedang berunding dengan dengan peguam bagi mengambil tindakan ke atas laporan yang disifatkannya “menjejaskan”. Beliau memberitahu The Malaysian Insight projek itu ditangguhkan dan Kementerian Pendidikan maklum akan hal itu.
Katanya, laporan mengenai projek itu “satu pembohongan” dan syarikatnya merancang untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Artikel itu berdasarkan pembohongan, tidak berasas dan bertujuan untuk menjejaskan reputasi saya sebagai ahli perniagaan.”
Saidi mengakui kontrak itu diperolehi melaui rundingan terus dengan kerajaan sebelum ini, namun beliau berkata kos projek itu hanyalah sebanyak RM750 juta dan bukan RM1.2 bilion seperti yang didakwa oleh Sarawak Report.
Jepak Holdings Sdn Bhd yang bermula sebagai sebuah syarikat sewa kereta tetapi kemudian mempelbagaikan perkhidmatan pengangkutan serta sokongan kepada industri minyak dan gas, dianugerahkan kontrak pada 2015. – 11 Jun, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen