MAHKAMAH Tinggi Pulau Pinang akan mengeluarkan penghakiman berkaitan permohonan bekas pengerusi Barisan Nasional Negeri Teng Chang Yeow untuk membuang saman fitnah terhadapnya difailkan oleh Lim Guan Eng.
Hakim Rosilah Yop menetapkan 29 Jun untuk penghakiman permohonan itu, kata peguam Lim, N Mureli.
Teng pada 16 November 2016 bertajuk “Pulau Jerejak Land Sale Questioned” disiarkan akhbar The Star dan The Star Online mendakwa Lim menyebabkan syarikat pelaburan negeri, Penang Development Corporation kerugian RM220 juta apabila menolak perjanjian kerjasama antara Tropical Island Resort Sdn Bhd (TIRSB) dan pemaju Ideal Property pada 2013.
Lim ketika itu adalah ketua menteri dan pengerusi PDC. Beliau kini menjadi menteri kewangan.]
Teng adalah bekas ketua Gerakan Pulau Pinang berkata dia memetik sumber PDC “boleh dipercayai” yang mengatakan perjanjian pada Disember 2013 itu berpotensi menjana keuntungan sehingga RM540 juta berdasarkan nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.5 bilion.
Dia dilaporkan bertanya mengapa Lim tidak mendedahkan penolakan kerjasama itu dan keputusan untuk menjual 49% saham PDC dalam TIRSB kepada anak syarikat Ideal Property, Q Islands Development Sdn Bhd dengan nilai RM156 juta, yang hanya memberi keuntungan kepada PDC sebanyak RM140 juta.
TIRSB adalah kerjasama antara PDC dan Uda Holdings Berhad pada 1997.
Lim menafikan kewujudkan kerjasama antara TIRSB-Ideal Joint dan mendakwa kenyataan Teng salah dan memfitnah serta menjejaskan karakter dan reputasinya.
Bekas ketua menteri itu turut menamakan Star Media Group Bhd dan wartawannya David Tan dan Crystal Chiam selaku defendan.
Teng diwakili firma guaman Kek Ooi & Lee Hong, The Star dan wartawannya pula diwakili Bhag Sulaiman and Co. – 11 Jun, 2018.
Komen