PENGERUSI Majlis Penasihat kerajaan, Daim Zainuddin melangkaui sempadannya dalam memanggil hakim, kata peguam hari ini.
Pengerusi bersama jawatankuasa undang-undang perpembagaan Badan Peguam Malaysia Surendra Ananth berkata, hanta Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang boleh bertemu dengan hakim namun begitu beliau pun tidak boleh campur tangan dalam prosiding kehakiman.
“Saya rasa perdana menteri pun tidak sepatutnya campur tangan dalam mana-mana jal kehakiman. Malangnay di bawah perlembagaan perdana menteri mencetuskan pengguguran proses mahkamah persekutuan.
“Namun selain perdana menteri, tiada siapa yang sepatutnya bertemu atau mendekati hakim mahkamah persekutuan dalam isu mereka melerakkan jawatan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Sekiranya ini berlaku, badan kehakiman Malaysia tidak akan dilihat sebagai tidak berpihak.
“Tekanan itu membawa kepada campur tangan dalam hal ehwal kehakiman dan ia tidak sepadan dengan kebebasan kehakiman,” katanya.
Daim didakwa mengadakan pertemuan tertutup dengan Ketua Hakim Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkfli Ahmad Makinudin, yang mana beliau menuntut mereka meletakkan jawatan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata Daim sepatutnya tidak melibatkan diri dalam hal seperti pengguguran hakim kerana ia bertentangan dengan undang-undang.
“Tindakan itu oleh Daim, sekiranya benar, tidak boleh dimaafkan dan saya dalam persetujuan dengan Sri Ram untuk tidak campur tangan dalam hak sebegitu kerana beliau tidka berhak melakukan demikian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Peguam DAP itu juga mengulangi bahawa kebebasan kehakiman akan tercalar berikutan campur tangan Daim.
“Persepsi yang mungkin berlaku (terutamanya dari pihak-pihak yang dilihat dekat dengan kerajaan) dalam pelantikan atau pengguguran Ketua Hakim Negara dan presiden Mahkamah Rayuan harus dielakkan dan Daim sepatutnya lebih tahu daripada terlibat, ” kata Ramkarpal.
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram berkata, ia adalah tidak berperlembagaan dan tidak sesuai untuk seseorang selain perdana menteri untuk memanggil ketua hakim, atau mana-mana hakim lain, atas alasan apa pun.
Hakim bersara itu turut meminta kerajaan Pakatan Harapan untuk menghormati prosedur perlembagaan dan tidak mengulangi amalan lalu yang tidak menghiraukan pemisahan kuasa.
Gopal berkata ia merupakan rahsia terbuka yang Daim memanggil Ketua Hakim Negara dan presiden Mahkamah Rayuan ke pejabatnya di Jalan Ampang dan menuntut mereka berundur.
Gopal tidak menyatakan bila pertemuan itu berlangsung
Beliau juga berkata dua hakim terbabit tidak sepatutnya hadir apabila dipanggil. – 10 Jun, 2018
Komen