Sidang khas Sabah akan diteruskan 


Jason Santos

Pengerusi Pakatan Harapan Sabah Christina Liew ia sebagai maklum balas kepada cubaan beberapa pihak memboikot sidang berkenaan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Jun, 2018  

SIDANG Dewan Undangan Negeri khas akan diteruskan esok dengan atau tanpa Adun pembangkang, kata Pengerusi Pakatan Harapan Sabah Christina Liew. 

Beliau berkata ini sebagai maklum balas kepada cubaan oleh 24 Umno Sabah, bekas rakan Barisan Nasional PBS dan PBRS, dan juga Star Sabah untuk memboikot sidang itu. 

“Sidang DUN akan diteruskan sebagaimana dijadualkan dan kami akan mengundi usul percaya kepada presiden Parti Warisan Sabah sebagai ketua menteri Sabah, selepas mengangkat sumpah semua Adun, termasuk yang dilantik dan pembangkang,” katanya kepada The Malaysian Insight. 

Ahli Umno Sabah Hajiji Hj Noor yang juga Adun Sulaman dan presiden Star Sabah Dr Jeffrey Kitingan, yang juga Adun Tambunan berkata, sidang khas akan menyalahi undang-undang kerana ia memerlukan sekurang-kurangnya 21 hari sebelum DUN boleh mengadakan sidang khas atau 120 hari selepas DUN dibubarkan sejajar di bawah Perkara 21(4) perlembagaan negeri.

Notis yang dikemukakan hanya enam hari manakala DUN dibubarkan pada 7 April tahun lalu, sidang DUN sepatutya diadakan pada 6 Ogos. 

Ahli politik berkenaan juga berkata mesyuarat itu juga merupakan satu usaha yang menghina untuk mencabar cabaran mahkamah atas legitimasi oleh Pengerusi BN Sabah Musa Aman sebagai ketua menteri yang difailkan pada 17 Mei.

Gabungan Umno memiliki 17 kerusi negeri, manakala PBS memegang enam kerusi dan PBRS satu kerusi, manakala Warisan, Pakatan Haraoan dan Upko masih memegang majoriti 36 kerusi. 

Adun diberi tempoh tiga bulan untuk mengangkat sumpah dan jika gagal mereka perlu mengosongkan kerusi bagi membenarkan pilihan raya kecil diadakan untuk mengisi kerusi itu. – 10 Jun, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen