AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dan Star Sabah akan memulaukan sidang DUN khas esok kerana mendakwa ia tidak mengikut prosedur.
Sidang itu diadakan untuk Adun mengangkat sumpah jawatan dan meluluskan usul menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal.
Dalam satu kenyataan hari ini, 20 Adun pembangkang berkata notis 21 hari harus dikeluarkan sebelum sidang itu boleh dijalankan.
Mereka berkata notis itu hanya boleh diluluskan oleh Yang di-Pertuan Negeri tetapi harus melibatkan hal kecemasan sahaja.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Umno Sabah Hajiji Hj Noor dan Presiden Star Sabah Dr Jeffrey Kitingan.
Kedua-dua mereka adalah timbalan ketua menteri dalam Kabinet Musa Aman yang mengangkat sumpah pada 10 Mei.
“Walaupun begitu, notis terpanjang mungkin wajib diberikan. Dalam notis ini, hanya terdapat enam hari yang jelas dan tidak ada sebarang kejadian kecemasan yang berlaku,” kata kenyataan itu. – 10 Jun, 2018.
MENYUSUL
Komen