PADA luarannya, ia adalah permintaan Anwar Ibrahim kepada pihak pembangkang agar berkumpul semula dan memberi tumpuan untuk memenangi hati dan minda pengundi Malaysia.
Pada luarannya, ia adalah cara Anwar Ibrahim menentukan suasana pihak pembangkang pada pilihan raya akan datang, mengingatkan mereka tentang platform reformasi dan harapan yang membolehkan mereka memenangi 52% undi popular dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Tetapi realitinya, kenyataan beliau semalam ditujukan kepada seorang individu – Dr Mahathir Mohamad, musuh beliau yang bertukar kepada sekutu politik dan terkini beralih menjadi saingan bagi kepimpinan Pakatan Harapan (PH).
Ia adalah satu rahsia umum yang kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengganggu dinamik dalam PH.
Sebab utama: Pandangan beberapa ahli politik kanan Bersatu, memandangkan ia mengumpulkan ramai ahli politik kanan Melayu dan mempunyai peluang terbaik meraih undi Melayu yang sangat penting daripada Umno, Bersatu harus menjadi rakan kongsi kanan dalam gabungan itu.
Kedudukan utama bagi pemimpin Bersatu dalam PH akan meredakan kebimbangan Melayu mengenai perkara mengenai kuasa Melayu dan kedudukan Islam sekiranya PH berjaya merebut Putrajaya daripada Najib Razak.
Satu lagi perdebatan: peranan Dr Mahathir.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, bekas perdana menteri itu menawarkan diri sebagai wakil utama PH, mengatakan beliau bersedia dinamakan sebagai perdana menteri.
Sekali lagi, penyokongnya berhujah sebagai pemimpin pembangkang yang bekerja keras dan mempunyai nama dikenali dalam PH, Dr Mahathir seharusnya mengetuai gabungan itu.
Pegawai Bersatu berusaha dengan kuat semasa mesyuarat bagi Dr Mahathir dan menyatakan kesediaan meninggalkan PH jika isu kepimpinan dalam gabungan itu masih tidak dapat diselesaikan.
Anwar mempunyai beberapa kata-kata nasihat untuk Dr Mahathir dan rakannya, menegaskan PH perlu mengikut model konsensus dalam membuat keputusan yang merupakan asas kepada Pakatan Rakyat, gabungan yang berjaya dalam PRU13.
Dalam sistem tersebut, semua ketua parti politik adalah sama. Anwar berkata cadangan Bersatu untuk membaik pulih struktur PH dengan pemimpin Bersatu memegang jawatan pengerusi dan presiden akan menjadikan pakatan pembangkang seperti Barisan Nasional (BN).
Dalam BN, Umno menetapkan agenda manakala parti komponen lain memainkan peranan sokongan.
Ia tidak jelas jika Dr Mahathir akan menerima kenyataan Anwar yang PKR, DAP, Amanah dan Bersatu perlu menjunjung model konsensus dalam membuat keputusan dan melihat antara satu secara sama rata. – 17 Jun, 2017.
Komen