Mampukah Umno selamatkan BN yang sedang tenggelam?


Looi Sue-Chern

Dijangkakan parti-parti politik di Malaysia Timur akan meninggalkan BN untuk kekal relevan bagi menghadapi pilihan raya negeri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Jun, 2018.

BUAT masa ini, hanya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memutuskan untuk keluar daripada gabungan Barisan Nasional (BN) tetapi yang lain-lain di Malaysia Timur akan mengikut jejak itu.

 Dijangkakan parti-parti politik akan meninggalkan BN menerusi undi tidak percaya dan demi kekal relevan untuk pilihan raya negeri.

PBB di Sarawak sudah menyatakan secara rasmi ia akan menarik diri daripada gabungan itu, membawa bersamanya 13 kerusi Parlimen daripada 79 kerusi BN, sementara memberikan sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) demi kepentingan negeri dan negara.

Ketua Jabatan Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berkata parti BN di Sabah dan Sarawak selama ini pun tidak terlalu bergantung dengan BN untuk kelangsungan hidup.

“Tidak mustahil untuk mereka keluar. Tanpa kepimpinan dalam BN, jalan keluar begitu akan berlaku lebih cepat lagi,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pengarah Institut Asia Universiti Tasmania James Chin juga menjangkakan BN akan hilang lebih banyak rakan kerjasama di Borneo dalam tempoh akan datang.

“Umno Sabah mungkin tubuh parti baharu atau menyertai yang lain. BN Sarawak mungkin bentuk gabungan baharu dan akan mesra PH,” katanya.

Kapal yang sedang tenggelam

Tetapi kehilangan rakan kerjasama Borneo bukan satu-satunya masalah yang akan dihadapi BN dalam tempoh terdekat.

Susulan kekalahan bersejarah pada PRU14 itu, Najib Razak mengumumkan peletakan jawatannya dalam BN.

Pemergiannya daripada arena politik dan ketiadaan pengganti yang layak akan membawa kepada perpecahan dan pergaduhan dalaman antara BN, kata Tunku Mohar.

Beliau berkata kerugian paling teruk dialami gabungan berasaskan kaum itu menyebabkan parti-parti komponennya mempertikaikan relevan mereka dalam landskap politik Malaysia.

“Idea BN ialah mempunyai ahli yang mewakili kumpulan etnik tertentu seperti MCA dan gerakan untuk Cina dan MIC untuk India.

“Mereka gagal memenuhi peranan itu, jadi sekarang dilihat sebagai tidak berguna dalam BN.

“Rasional kewujudan BN kini tercabar.” – 8 Jun, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Cian bn mcm bangkai bernyawa sktg

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan