Saya akan gesa pemisahan peguam negara dan pendakwaraya, kata Thomas


Bede Hong

Pemisahan peguam negara dan pendakwaraya akan dilakukan, kata Peguam Negara Tommy Thomas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 Jun, 2018.

PEGUAM Negara baru dilantik, Tommy Thomas akan mendesak kepada pengasingan Pejabat Pendakwaraya dan peranan peguam negara.

“Saya hendak beritahu yang Badan Peguam yang saya sudah tak jadi ahli, sudah berpendirian (pengasingan) itu berdekad lamanya,” kata Thomas kepada wartawan hari ini sebelum melapor diri di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya pada jam 1.30 petang hari ini.

“Dan itulah pandangan peribadi saya yang konsisten dengan Badan Peguam. Saya sangat gembira dengan reformasi kerajaan yang kini saya berkhidmat dan akan bekerja menujunya.

“Saya rasa ada proses dan akan ambil masa dan saya akan dibimbing Jabatan (Peguam Negara),” katanya.

Badan Peguam Malaysia sudah lama menggesa bahawa peguam negara hanya bertindak sebagai penasihat kerajaan manakala pengarah pendakwa raya membuat keputusan mengenai perkara-perkara melibatkan pendakwaan. Pemisahan ini akan menghapuskan kecenderungan berat sebelah, kata kumpulan peguam.

“Buat masa ini, peguam negara Malaysia mempunyai dua peranan berbeza di bawah Perlembagaan Persekutuan. Beliau adalah penasihat undang-undang utama kerajaan dan juga pendakwa raya,” kata Presiden Badan Peguam Malaysia George Varughese dalam satu kenyataan selepas Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14. – 6 Jun, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen