Musa fail saman kedua terhadap Shafie, Juhara


Jason Santos

BEKAS ketua menteri Musa Aman yang dipercayai menghilangkan diri dari Sabah sejak 14 Mei lalu memfailkan saman baru terhadap Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin dan Presiden Warisan Shafie Apdal pada 6 Jun lalu.

Writ terbaru itu difailkan Messrs FT Ahmad & Co bagi pihak Musa, saman pertama yang difailkan pada 17 Mei lalu sudah dihentikan.

Musa mahu mahkamah mengisytiharkan yang dia masih ketua menteri Sabah dan pelantikan Shafie sebagai ketua menteri kedua pada 12 Mei oleh Juhar melanggar Perlembagaan. – 6 Jun, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen