Selepas Pakatan menang, ada kemungkinan PAS-Umno bersatu, kata pakar


Looi Sue-Chern

KETIKA Barisan Nasional (BN) yang baru kalah sedang berusaha berpadu untuk menjadi pembangkang buat pertama kali, pakar politik Wong Chin Huat mengatakan ia boleh kekal menjadi pembangkang yang moderat walaupun ada potensi menjadi pembangkang haluan kanan melampau.

Wong meramalkan kemungkinan Umno dan PAS bersatu, serta parti BN atau bekas parti komponennya di Malaysia Timur membentuk blok parti sendiri untuk mencabar Pakatan Harapan (PH).

Jika ini berlaku, isu yang bakal dimainkan adalah Melayu dan Islamisasi di Malaysia Barat dan autonomi serta pentadbiran sendiri di Malaysia Timur, katanya.

“Ini akan memaksa PH untuk memberikan maklum balas jika tidak mahu hilang populariti,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Wong berkata situasi ini pernah berlaku, apabila Parti Perikatan- jenama awal BN- dipimpin Tunku Abdul Rahman hampir kalah pada 1969- tahun itu pembangkang berjaya melakukan kejutan besar pada pilihan raya umum.

Rusuhan kaum pada 1969 menyatukan PAS dan Umno pada 1972 bermatlamat mengukuhkan perpaduan Melayu.

Pada Pilihan Raya Umum 1974, PAS menang 14 kerusi Parlimen bertanding di bawah BN. Tetapi krisis politik di Kelantan menyebabkan PAS keluar BN pada Disember 1977. – 5 Jun, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen