CAP gesa plastik diharamkan


Looi Sue-Chern

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu melangkaui rancangannya untuk mengharamkan penggunaan beg plastik dalam tempoh setahun dan menghapuskan penggunaan semua plastik tunggal, kata Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia hari ini, Presiden CAP SM Mohamed Idris berkata pengharaman tersebut mesti terhadap penggunaan plastik tunggal yang terbukti merbahaya kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

“Plastik harus diharamkan sepenuhnya. Kenapa hanya beg plastik? Haramkan semua barangan plastik termasuk sudu, garfu yang tidak boleh terurai.

“Malah, pembuatan ketiga-tiga barangan ini perlu dihentikan,” katanya di pejabat CAP hari ini.

Beliau menyuarakan sokongan terhadap rancangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin untuk mengharamkan penggunaan beg plastik dalam tempoh setahun, tetapi berkata rancangan menteri itu tidak harus terhenti di situ sahaja.

CAP akan mengutus surat kepada Zuraida esok dan bersedia untuk menghantar delegasi untuk bertemunya, kata Mohamed. – 5 Jun, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen