BENDAHARI Umno Salleh Said Keruak akan mengambil alih tugas pengerusi perhubungan Umno Sabah bagi membolehkan ketuanya Musa Aman menumpukan kepada kes mahkamah, kata nan presidennya Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Musa yang mendakwa beliau adalah ketua menteri Sabah yang sah telah menamakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin dan pesaingnya dari Parti Warisan Sabah, Shafie Apdal sebagai defendan.
Salleh akan menjalankan tugas sebagai pengerusi perhubungan negeri kerana Musa akan menumpukan kepada kes mahkamahnya.
“Keputusan ini kita buat hari ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup hari ini.
Musa dilaporkan hilang sejak 14 Mei lalu dan kali terakhir dilihat mengambil penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.
Beliau memfailkan saman pada 17 Mei yang mana ia akan akan didengar di mahkamah pada 19 Jun.
Pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya encegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjejaki Musa berhubung beberapa laporan polis yang dibuat oleh Juhar atas dakwaan melakukan jenayah ugutan. – 4 Jun, 2018.
Komen