Petisyen bantah pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara bermula 


Kamles Kumar

Cadangan Tommy Thomas yang menjadi pilihan kerajaan PH untuk memegang jawatan Peguam Negara turut menerima bantahan awam.

RIBUAN rakyat Malaysia menandatangani petisyen dalam talian bagi membantah pelantikan Tommy Thomas yang dipilih kerajaan sebagai Peguam Negara. 

Dalam petisyen di ipetitions.com, lebih 8,000 orang membantah Tommy dinamakan sebagai Peguam Negara kerana beliau bukan Melayu/Islam. 

Petisyen terbabit dimulakan oleh individu yang menamakan dirinya sebagai ‘Pejuang Melayu’.

Kebanyakan posting bersetuju dengan pendirian Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk menolak pelantikan Tommy kerana mereka mahukan Melayu/Islam memegang jawatan itu. 

“Saya menolak cadangan Tommy Thomas. Peguam Negara perlu fasih dalam undang-undang Syariah,” kata pengguna media sosial, Md Salleh Senan.

Seorang lagi berpendapat, sekiranya Tommy dilantik, ia akan menjadi pelanggaran kepada hak Melayu dan jawatan ini biasanya diberikan kepada Melayu/Islam. 

Hak orang Melayu perlu dipertahanan untuk generasi akan datang,” kata Shabrina Safaie. 

Ada yang meminta agar Majlis Raja-Raja bertegas dalam erkara ini dan sabitkan mereka yang menentang hak Melayu untuk dibuang daripada negara ini. 

“Tuanku, saya minta penambahan dalam perlembagaan bahawa sekiranya terdapat mana-mana kaum yang tidak memahami hak Bumiputera, mereka akan digugurkan kewarganegaraan,” kata Azmaan Shah Yaacob. 

Terdahulu hari ini, Majlis Perundingan Agama Islam Malaysia (Mapim) membantah pelantikan Tommy dan mendakwa Bahasa Malaysia bukan bahasa pertama beliau. 

Ketua pegawai eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) Prof Mahamad Naser Disa berkata, memberi jawatan itu kepada Tommy adalah tidak berperlembagaan. 

Beliau dalam satu kenyataan berkata, bukan Islam tidak boleh menasihat Yang di-Pertuan Agong dalam menegakkan Islam setiap masa, jadi ia melanggar Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan. 

Mahamad Naser berkata Perkara 145(2) menyatakan adalah menjadi tanggungjawab Peguam Negara untuk menasihat YDPA atau Kabinet dalam sebarang hal ehwal perundangan. 

“Pendiriannya dan peguam Muslim yang berfikiran sama bahawa Malaysia adalah negara sekular jelas melanggar Perlembagaan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara,” katanya.

The Malaysian Insight melaporkan PH menulis surat kepada YDPA meminta memecat Apandi dan menggantikannya dengan Tommy Thomas, yang merupakan pilihan kerajaan PH. 

Amanah, Bersatu, DAP, dan PKR merasakan, pelantikan itu sebagai isyarat kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan baharu serius dalam pembaharuan institsui di negara ini. 

Pelantikan itu juga akan memastikan kehadiran seorang litigator mahir di dalam bilik untuk mengendalikan semua kes berprofil tinggi, termasuk pendakwaan yang terlibat dalam skandal 1MDB.

The Malaysian Insight difahamkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mahu Peguam Negara Melayu/Islam. 

Walau bagaimanapun, blogger seperti Syed Akhbar Ali telah menyatakan bahawa perlembagaan tidak mengatakan bahawa kedudukan itu harus diisi oleh seorang Melayu/Islam.– 3 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen