PERANCIS mahu meluaskan hubungan budaya dan kesenian dengan kerajaan Pakatan Harapan, kata dutanya ke Malaysia, Frederic Laplanche.
“Kami mahu bekerjasama dengan Malaysia dalam semua aspek, dalam ekonomi dan pertahanan di mana kami mempunyai hubungan tradisi yang kukuh (dengan Malaysia).
“Kami juga mahu lakukan lebih banyak dalam bidang pendidikan, budaya dan seni,” beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.
Kedutaan Perancis dan Perbadanan Pembangunan dan Pemuliharaan George Town (GTCDC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membantu Pulau Pinang membangunkan ekonomi berdasarkan budaya dan seni.
Laplanche berkata MoU itu adalah contoh yang baik mengenai bagaimana Perancis mahu membina hubungan lebih rapat dengan Pulau Pinang dan Malaysia. – 2 Jun, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen