TERPULANG kepada kerajaan negeri Kedah untuk meluluskan projek di Langkawi, kata Dr Mahathir Mohamad susulan laporan mengatakan sebuah pemaju akan memulakan projek bernilai RM30 bilion di pulau itu.
“Sesiapa saja boleh melabur di Langkawi kalau mereka ada duit. Terpulang kepada kerajaan negeri untuk meluluskan,” kata perdana menteri selepas mesyuarat Majis Presiden Pakatan Harpan (PH) di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.
“Projek ini di Kedah, jadi biarlah diuruskan oleh kerajaan negeri.”
Kenyataan Dr Mahathir menyusul selepas laporan menyebut Ting Pek Khiing akan membina Langkawi New City di atas tanah seluas 81 hektar di sebelah barat pulau itu.
Projek yang akan dibangunkan oleh kumpulan syarikat Ting akan dilancarkan hari ini.
Bagaimanapun, Ting tidak menamakan syarikat yang akan terlibat dalam projek tersebut.
Langkawi New City akan menyaksikan pembinaan 30,000 unit kondominium mewah, pusat komersil, perkhidmatan berlabuh bagi kapal laut dan kapal layar serta kemudahan lain.
Ting berkata pembangunan itu dijangka siap dalam tempoh sepuluh tahun atau mungkin lebih awal.
Menurut laporan lagi, projek itu dijangka akan merangsang peburan asing di Langkawi dan akan menjadi yang terbesar yang pernah dimulakan Ting sejak mula berniaga di pulau itu pada 1991.
Beliau membina sebuah hotel di Langkawi dalam tempoh 100 hari sebagai persediaan bagi ameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi pada tahun itu.
Ahli perniagaan kelahiran Sarawak itu berkata beliau sudah menghabisakan masa selama 20 tahun bagi rancangan untuk Langkawi New City sambil menambah telah memenangi pengiktiraan dari pemaju-pemaju di Perancis, Rusia dan Korea Selatan. – 1 Jun, 2018.
Komen