Isa Samad letak jawatan pengerusi SPAD


Bede Hong

ISA Abdul Samad meletak jawatan sebagai pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) seminggu selepas diberi kata dua.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Isa meletak jawatan Isnin lalu: “Ya, Isa Samah sudah letak jawatan. Berkuat kuasa serta merta.”

“Dia sudah menghantar surat letak jawatan dua hari lalu,” katanya kepada wartawan di Putrajaya hari ini.

Rabu minggu lepas, Loke mengesahkan SPAD akan diserap masuk ke dalam Jabatan Pengangkutan Jalan dan Isa perlu melakukan “perkara terhormat” dengan mengikut tindakan Shahrir Abdul Samad yang meletak jawatan pengerusi Felda secara sukarela.

Pada Januari, Isa disiasat atas urus niaga meragukan yang melibatkan pemindahan tanah Felda bernilai RM200 juta di Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 2015.

Beliau merupakan pengerusi Felda dari 2011 hingga 2017. – 30 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen